Judul : Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan
link : Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan
Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan
KUANTAN: Jenazah tiga beranak mangsa kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) (Arah Timur) di kawasan Lanchang, Temerloh, malam tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang, malam ini.
Jenazah pasangan suami isteri, Muhammad Nazatul Nazmi, 32, dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, bersama anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, di sini, kira-kira jam 10.30 malam.
Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dibawa ke Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau di sini, kira-kira jam 7 malam dan disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan.
Kira-kira 500 orang, termasuk ahli keluarga dan rakan arwah, hadir memberikan penghormatan terakhir.
Sebelum itu, jenazah tiga beranak itu dituntut waris selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh, kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan dibawa ke Masjid Paya Luas, Temerloh, untuk dimandi, dikafan serta disolatkan.
Kejadian sekitar jam 10.55 malam tadi meragut empat nyawa membabitkan tiga beranak itu yang menaiki sebuah Proton S70, dan seorang penumpang Honda CRV berusia 55 tahun dari Shah Alam, Selangor.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, dipetik berkata berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki muatan simen, sebuah bas dan sembilan kereta yang sedang dalam perjalanan ke arah timur.
Beliau dilaporkan berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden dipercayai berpunca daripada lori tangki simen hilang kawalan lalu melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di laluan terbabit.
Nahas itu turut menyebabkan pemandu lori tangki berusia 52 tahun serta pemandu Honda CRV berumur 18 tahun parah.
Pemandu dan penumpang lapan kenderaan lain, termasuk 30 penumpang bas ekspres terbabit pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/09/nahas-sebelas-kenderaan-di-lpt-jenazah.html

0 Response to "Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan"
Catat Ulasan