Loading...

Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram

Loading...
Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram
link : Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram

Baca juga


Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram

BERA: Masyarakat Orang Asli Tasik Bera menafikan dakwaan kononnya mereka diperalat oleh pihak luar dari Pahang untuk mengusahakan penerokaan tanah secara haram berhampiran tasik berkenaan.

Tok Batin suku Semelai bersama Majlis Adat Semelai Bera dalam satu kenyataan bersama menafikan kewujudan sindiket yang didakwa meneroka tanah di kawasan tersebut.

"Kami telah lama menetap di Tasik Bera. Kami ingin menegaskan bahawa masyarakat kami tidak menceroboh hutan simpan seperti yang didakwa.

"Tuduhan bahawa sindiket dari luar memperalat Orang Asli hanyalah muslihat serta percubaan untuk menafikan dan merampas hak tanah adat suku Semelai. Tanah adat suku Semelai langsung tiada kaitan dengan mana-mana sindiket," menurut kenyataan itu.

Minggu lalu, Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali dilaporkan berkata, lebih 7,000 hektar hutan simpan didakwa diteroka untuk tanaman kelapa sawit, getah dan pelbagai tanaman kontan.

Beliau berkata, pihak berkuasa mengesyaki sindiket haram dari luar Pahang memperalat Orang Asli untuk meneroka tanah dalam hutan simpan berkenaan.

Sementara itu, kenyataan bersama berkenaan turut menyatakan kebimbangan utama masyarakat Semelai bahawa ruang hidup mereka di sekitar tasik terbabit kini terancam teruk.

"Kawasan sekitar Tasik Bera adalah tempat masyarakat kami mencari hasil hutan, mendapatkan tumbuh-tumbuhan dan bahan ubat-ubatan tradisional, berburu, bercucuk tanam serta mengamalkan ilmu pengetahuannya yang diwarisi daripada nenek moyang kami.

"Namun kini, kawasan di sekitar tasik semakin mengecil berikutan pembukaan ladang berskala besar selain aktiviti pembalakan.

"Kini, kami pula dituduh menceroboh kawasan berkenaan sedangkan hakikatnya kawasan sekitar tasik yang juga tanah adat kami semakin menguncup akibat kewujudan ladang berskala besar yang bukan milik kami," kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, masyarakat Orang Asli itu turut menegaskan bahawa mereka tidak pernah menghalang UPNP daripada memasuki penempatan mereka, sebaliknya hanya meminta agar makluman awal dan perbincangan dibuat terlebih dahulu bersama Tok Batin, Majlis Adat Semelai serta penduduk kampung.

"Rundingan dan perbincangan amat penting bagi mengelakkan salah faham, menjamin keselamatan semua pihak, serta menghormati struktur kepimpinan dan adat resam masyarakat Semelai," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa penduduk Orang Asli berhampiran tasik berkenaan berhasrat mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa selepas menerima notis pada Jun lalu yang mengarahkan mereka mengosongkan sebahagian daripada kawasan hutan simpan.

Sejak 14 September lalu, pelbagai agensi penguatkuasaan yang dipimpin oleh UPNP menjalankan operasi penguatkuasaan dan kerja ukur tanah di Hutan Simpan Kekal berkenaan. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram

Sekianlah artikel Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/09/orang-asli-tasik-bera-nafi-dakwaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Orang Asli Tasik Bera Nafi Dakwaan Kononnya Mereka Telah Diperalat Oleh Pihak Luar Pahang Untuk Teroka Tanah Secara Haram"

Catat Ulasan

Loading...