Loading...

Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan

Loading...
Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan
link : Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan

Baca juga


Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci dengan mengemukakan dokumen, angka serta kronologi berkaitan waran peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan (MOF).

Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, rakyat berhak mengetahui asas kepada dakwaan berkenaan memandangkan kementerian tidak boleh berbelanja sesuka hati tanpa peruntukan dan kelulusan.

Menurutnya, dalam pengurusan kewangan kerajaan, perbelanjaan kementerian tertakluk kepada peruntukan, kelulusan dan waran yang dikeluarkan MOF dengan jumlah serta tujuan perbelanjaan tertentu.

“Kalau MOF yang meluluskan dan mengeluarkan waran, di bahagian mana sebenarnya KKDW dikatakan terlebih belanja?

“Adakah KDW membelanjakan wang melebihi jumlah dalam waran? Adakah terdapat perbelanjaan yang dibuat tanpa waran? Atau waran sebenarnya telah dikeluarkan, komitmen telah dibuat berdasarkan kelulusan tersebut tetapi dana atau aliran tunai belum disalurkan sepenuhnya?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga keadaan tersebut merupakan perkara yang berbeza dan tidak seharusnya disimpulkan hanya dengan ungkapan mudah bahawa KDW telah ‘terlebih belanja’.

Katanya, isu berkenaan perlu dijelaskan dengan fakta bagi mengelakkan kekeliruan dan persepsi dalam kalangan rakyat.

“Lebih-lebih lagi apabila sebahagian projek KKDW turut dilaksanakan melalui agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kalau benar tiada kelulusan atau peruntukan, bagaimana sesuatu projek boleh sampai kepada proses tender, pelantikan kontraktor dan pelaksanaan?” soalnya lagi.

Shahaniza berkata, perkara tersebut tidak perlu dijawab dengan retorik sebaliknya semua pihak perlu membuka dokumen berkaitan bagi membolehkan rakyat menilai kedudukan sebenar.

“Berapa jumlah yang diluluskan? Berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan? Berapa jumlah yang telah disalurkan?.

“Dan kalau benar terdapat perbelanjaan tanpa waran atau melebihi waran, nyatakan yang mana satu,” katanya.

Menurutnya, ketelusan berhubung perkara tersebut penting kerana ia membabitkan pengurusan wang rakyat dan prinsip akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau turut mengingatkan bahawa polemik berkaitan isu kewangan kerajaan sebelum ini, termasuk isu Tabung Haji, menunjukkan pentingnya dokumen, angka dan kronologi yang jelas bagi membolehkan masyarakat membuat penilaian berdasarkan fakta.

“Ini bukan soal mempertahankan sesiapa. Ini juga bukan soal menuduh sesiapa. Ini soal accountability.

“Kalau KKDW salah, tunjukkan di mana salahnya. Kalau waran telah dikeluarkan tetapi isu sebenarnya berkaitan penyaluran dana atau komitmen kewangan, jelaskan juga perkara itu dengan jujur,” katanya. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan

Sekianlah artikel Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/09/shahaniza-jika-kementerian-kewangan-mof.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Shahaniza: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’ Perlu Diperjelaskan"

Catat Ulasan

Loading...