Loading...

Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah

Loading...
Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah
link : Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah

Baca juga


Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah

KUANTAN: Kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan baru-baru ini dianggap berpatutan dan mampu dibeli golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penetapan tambang itu dibuat berasaskan mekanisme tambang dinamik, selain kadarnya disifatkan tidak jauh berbeza daripada tambang bas.

"Saya rasakan ia berpatutan dan mampu ditanggung mereka yang berpendapatan rendah, golongan B40 pun saya fikir mampu kerana harganya tidak lari jauh sangat dengan tambang bas.

“Kalau dibandingkan dengan kapal terbang, lagi (mahal)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi sempena Tamat Kursus Pelatih Akademi Rel Pahang (ARP) Program PLKI-ECRL Sesi 2025/26 di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini 

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan maklum balas di media sosial terhadap kadar tambang itu juga secara umumnya positif, walaupun terdapat segelintir pihak mempunyai pandangan berbeza.

Mengulas kemungkinan pemberian diskaun atau keistimewaan tambang kepada anak Pahang, beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) kerana ia berada di luar bidang kuasanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya juga bersedia meneruskan pembiayaan latihan teknikal anak negeri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran untuk operasi ECRL, selari dengan cadangan pihaknya untuk melebarkan perkhidmatan itu ke Rompin dan Lipis.

Beliau berkata kumpulan pertama sebanyak 47 pelatih yang mengikuti latihan selama setahun di China telah menamatkan pengajian dan dilantik bekerja oleh MRL.

Katanya, usaha itu dilaksanakan secara proaktif menerusi kerjasama kerajaan negeri, MRL, Universiti College Yayasan Pahang (UCYP) dan Yayasan Pahang bagi memastikan tenaga kerja terlatih tersedia sebelum ECRL memulakan operasi.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak mengumumkan tambang kelas ekonomi bagi perkhidmatan transit ECRL dari Gombak ke Kota Bharu sejauh 523 kilometer bermula serendah RM125 sehala, manakala perkhidmatan ekspres bagi laluan sama bermula RM147.

Bagi perjalanan Gombak-Kuala Terengganu sejauh 378 kilometer, tambang transit bermula RM95 sehala, manakala perkhidmatan ekspres bermula RM110. Perjalanan Gombak-KotaSAS sejauh 209 kilometer pula, tambang bermula RM60 bagi transit dan RM68 bagi ekspres.

Darwis berkata diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bagi kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun, warga emas warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan, manakala pelajar berumur 13 hingga 24 tahun layak mendapat diskaun 40 peratus. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah

Sekianlah artikel Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/kadar-tambang-bagi-perkhidmatan-laluan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kadar Tambang Bagi Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Berpatutan Serta Mampu Dibeli Oleh Golongan Berpendapatan Rendah"

Catat Ulasan

Loading...