Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta
link : Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta

KUANTAN: Sebanyak 122 hak milik di atas tanah milikan syarikat Berjaya sekitar Bukit Tinggi, Bentong dilucutkan kepada Kerajaan Negeri Pahang susulan kegagalan menjelaskan tunggakan cukai tanah berjumlah lebih RM70 juta.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali, berkata antara lokasi terbabit adalah kuarters pekerja, dobi, taman arnab dan taman Jepun yang masing-masing berada di atas tanah kerajaan yang dilucuthak.

"Pada 28 September 2026, UPNP melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah milik syarikat Berjaya Sdn Bhd di Bukit Tinggi, yang telah dilucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang.

"Sebanyak 122 hak milik yang dilucuthak telah disita, manakala struktur kekal yang berada atas tanah kerajaan telah dikosongkan dan dikunci, dengan pemasangan rantai dan mangga.

"Tindakan dilaksanakan selepas pihak Berjaya gagal menyelesaikan tunggakan cukai tanah sebanyak RM 70,481,097 melibatkan keseluruhan 122 hak milik, yang tertunggak seawal tahun 2020," katanya.

Beliau berkata, susulan sitaan itu, semua aktiviti di lokasi terlibat diarahkan untuk diberhentikan serta-merta dan sekiranya ingkar boleh dikenakan tindakan pendakwaan mengikut Seksyen 425, Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Katanya, wakil Berjaya Group yang hadir di lokasi ketika operasi pihakya, turut dimaklumkan bahawa tindakan itu dijalankan susulan penampalan dan penyerahan notis pada 9 dan 10 September lalu.

"Pentadbir Tanah Bentong mengeluarkan perintah lucuthak kepada semua 122 tanah hakmilik yang gagal dibayar cukai, dan pewartaan Notis 8a telah dilaksanakan pada Jun 2025.

"Kesemua lokasi kemudiannya dipasang rantai dan mangga bagi menghalang sebarang aktiviti atau pendudukan tanpa kebenaran di atas tanah yang telah menjadi milik Kerajaan Negeri," katanya.

Bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan berkenaan kini tertakluk kepada arahan penangguhan yang telah dikeluarkan oleh mahkamah. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/kerajaan-negeri-pahang-lucut-hak-122.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta"

Catat Ulasan

Loading...