Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera - Hallo sahabat
MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel budaya,
Artikel ekonomi,
Artikel information,
Artikel jawatan kosong,
Artikel perniagaan,
Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Beralink :
Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera
Baca juga
Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera
BERA: Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden provokasi, menghalang tugas penguatkuasaan, ugutan jenayah dan khianat di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera pada Selasa. Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee bin Nazir berkata, tangkapan terbaharu itu membabitkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Menurutnya, dua lagi lelaki masing-masing berusia 54 dan 57 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap pekerja sebuah syarikat di Kampung Kuala Serting.
"Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan serta melakukan khianat terhadap kenderaan milik syarikat sama," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Sabtu bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu melengkapkan siasatan.
Tambahnya, polis masih mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes berkenaan.
"Masyarakat turut diminta memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh," katanya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera
Sekianlah artikel Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/polis-tahan-empat-lagi-lelaki-bagi.html
0 Response to "Polis Tahan Empat Lagi Lelaki Bagi Membantu Siasatan Insiden Provokasi, Menghalang Tugas Penguatkuasaan Di HSK Ramsar, Tasek Bera"
Catat Ulasan