Judul : Semangat Penyatuan Ummah Perlu Diterjemah Melalui Kesediaan Membina Kerjasama Demi Kesejahteraan Seluruh Rakyat Pahang
link : Semangat Penyatuan Ummah Perlu Diterjemah Melalui Kesediaan Membina Kerjasama Demi Kesejahteraan Seluruh Rakyat Pahang
Semangat Penyatuan Ummah Perlu Diterjemah Melalui Kesediaan Membina Kerjasama Demi Kesejahteraan Seluruh Rakyat Pahang
KUANTAN: Semangat Penyatuan Ummah perlu diterjemahkan melalui kesediaan membina kerjasama demi kesejahteraan seluruh rakyat Pahang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Andansura Rabu berkata, rakyat mengharapkan kehidupan yang lebih baik, kos sara hidup yang terkawal, prasarana yang sempurna serta pentadbiran yang cekap, telus dan berintegriti.
“Semua ini menuntut kesungguhan, kematangan politik dan kesediaan semua pihak untuk mencari titik persamaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar yang meletakkan kebajikan rakyat mengatasi sempadan dan perbezaan politik.
Terdahulu, Ustaz Rosli mengajak semua pihak mengutamakan kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat berbanding sekadar membuat perhitungan mengenai potensi kemenangan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pahang.
Menurutnya, pilihan raya pada asasnya merupakan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat, justeru tumpuan perlu diberikan kepada penyelesaian isu akar umbi seperti kos sara hidup, peluang ekonomi dan prasarana.
“Walau apapun senario politik yang diramalkan, fokus utama kita seharusnya terarah kepada penyelesaian isu-isu akar umbi yang masih membelenggu rakyat,” katanya, kelmarin.
Andansura yang juga ADUN Beserah menegaskan, PAS mempunyai kekuatan, prinsip dan sokongan tersendiri.
“Namun, kekuatan itu bukan untuk dibanggakan, sebaliknya menjadi asas untuk berkongsi keupayaan dan menjalin kerjasama politik yang membawa manfaat nyata kepada rakyat,” ujarnya.
Tambahnya, politik bukan semata-mata tentang persaingan mendapatkan kuasa, tetapi bagaimana kuasa dan amanah dilaksanakan untuk membela rakyat.
Menurutnya lagi, perbezaan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan.
Justeru, ujarnya PAS Pahang sentiasa terbuka untuk membina hubungan dan kerjasama yang ikhlas, berprinsip serta berteraskan kepentingan rakyat.
“Matlamat kita jelas, sebuah Pahang yang lebih sejahtera, pentadbiran yang bertanggungjawab dan masa depan yang lebih baik untuk semua,” tambahnya. #Harakahdaily
Demikianlah Artikel Semangat Penyatuan Ummah Perlu Diterjemah Melalui Kesediaan Membina Kerjasama Demi Kesejahteraan Seluruh Rakyat Pahang
Anda sekarang membaca artikel Semangat Penyatuan Ummah Perlu Diterjemah Melalui Kesediaan Membina Kerjasama Demi Kesejahteraan Seluruh Rakyat Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/semangat-penyatuan-ummah-perlu.html

0 Response to "Semangat Penyatuan Ummah Perlu Diterjemah Melalui Kesediaan Membina Kerjasama Demi Kesejahteraan Seluruh Rakyat Pahang"
Catat Ulasan