Loading...

Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok

Loading...
Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok
link : Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok

Baca juga


Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok


KUANTAN: Seorang pesara guru kerugian lebih RM1.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan tawaran skim pelaburan saham tidak wujud melalui aplikasi TikTok.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, lelaki berusia 65 tahun itu mendakwa melihat iklan pelaburan tersebut selepas melayari aplikasi berkenaan pada 21 Jun lalu.

Menurutnya, tertarik dengan tawaran pulangan dijanjikan, mangsa kemudiannya berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai ejen syarikat tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

"Difahamkan, mangsa telah diberikan penerangan mengenai pelaburan saham berkenaan berserta analisis pasaran kewangan sebelum bersetuju menyertainya.

"Seterusnya, sepanjang tempoh 21 Ogos hingga 7 Oktober lalu, mangsa mendakwa telah membuat 22 transaksi bayaran ke enam akaun bank berbeza secara dalam talian dan urusan di kaunter bank atas arahan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azry berkata, selepas semua pembayaran dibuat, mangsa terus diarah membuat bayaran tambahan atas alasan yang tidak munasabah.

"Mangsa syak telah ditipu apabila dia tidak menerima sebarang wang hasil keuntungan seperti yang dijanjikan sepanjang tempoh itu.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di sebuah balai polis di daerah Pekan dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan melalui media sosial yang menjanjikan keuntungan lumayan.

"Buat semakan terhadap kesahihan syarikat dan status kebenaran pelaburan dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat sebarang transaksi kewangan dan elakkan membuat bayaran tambahan sekiranya terdapat permintaan yang meragukan," katanya.

Beliau turut menyarankan orang ramai membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon melalui platform 'Semak Mule' sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan..

"Sekiranya syak menjadi mangsa penipuan, segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat laporan polis," ujarnya. #SinarHarian 



Demikianlah Artikel Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok

Sekianlah artikel Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/seorang-pesara-guru-kerugian-lebih-rm11.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Pesara Guru Kerugian Lebih RM1.1 Juta Selepas Jadi Mangsa Penipuan Tawaran Skim Pelaburan Saham Tidak Wujud Di TikTok "

Catat Ulasan

Loading...