Loading...

Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya

Loading...
Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya
link : Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya

Baca juga


Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya setiap daerah di negeri ini mempunyai visi jelas, perancangan jangka panjang dan pentadbiran bijaksana bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara teratur serta memberikan manfaat kepada rakyat.

Baginda bertitah, pihak pentadbiran daerah perlu mempunyai perancangan rapi dan berpandangan jauh, bukannya melaksanakan pembangunan secara ad hoc tanpa hala tuju yang jelas.

"Ketiadaan perancangan jangka panjang boleh mencerminkan kelemahan dalam pentadbiran. Peringatan ini bukan sahaja ditujukan kepada daerah Rompin, tetapi juga kepada semua daerah di Pahang. Saya berharap agar setiap daerah mengambil perhatian terhadap perkara ini.

Sultan Pahang bertitah demikian semasa menyempurnakan Sambutan Jubli Emas Daerah Rompin di Pantai Hiburan dekat Rompin, hari ini.

Baginda bertitah Rompin yang juga daerah kedua terbesar di Pahang mempunyai potensi pembangunan besar, khususnya melalui keistimewaan khazanah alam semula jadi, kawasan pesisir pantai dan pulau yang menjadi tarikan pelancongan.

Di samping itu, Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan kedudukan Rompin bersempadan dengan Johor sebagai kelebihan strategik berpotensi membolehkan daerah itu menikmati limpahan ekonomi daripada pembangunan pesat negeri jiran berkenaan.

Menyentuh potensi pelancongan, baginda bertitah supaya cadangan menyediakan perkhidmatan feri, menghubungkan tanah besar dengan Pulau Tioman dan pulau di sekitarnya dikaji bagi meningkatkan kemudahan perhubungan untuk penduduk serta pengusaha pelancongan.

"Saya sedar bahawa usaha ini mungkin memerlukan peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan. Namun, kemudahan sedemikian boleh memberikan manfaat kepada pengusaha pelancongan, komuniti perniagaan dan penduduk setempat selain membantu meningkatkan akses kepada pulau berkenaan.

"Kadangkala, kerajaan tidak boleh hanya melihat sesuatu perkhidmatan daripada sudut keuntungan semata-mata. Sebaliknya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," titah Sultan Pahang.

"Saya mahu setiap daerah mempunyai daya saing tersendiri. Persaingan sihat antara satu daerah dengan daerah yang lain akan menjadi petunjuk positif kepada kemajuan dan pembangunan negeri secara keseluruhannya," titah baginda yang dimuat naik dalam Portal Rasmi Istana Pahang. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya

Sekianlah artikel Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/sultan-pahang-gesa-kaji-cadangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Gesa Kaji Cadangan Sediakan Perkhidmatan Feri, Hubungkan Tanah Besar Dengan Pulau Tioman Dan Pulau Sekitarnya "

Catat Ulasan

Loading...