Judul : Sultan Pahang Rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh Babit Kawasan Seluas 600 Hektar
link : Sultan Pahang Rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh Babit Kawasan Seluas 600 Hektar
Sultan Pahang Rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh Babit Kawasan Seluas 600 Hektar
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh, di sini, bernilai RM850 juta.
Projek dibangunkan bersama antara Citaglobal Bhd, TIZA Global dan Abu Dhabi Future Energy Company (MASDAR), syarikat tenaga boleh baharu milik Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Projek solar terapung itu membabitkan kawasan seluas 600 hektar di atas permukaan air di empangan berkenaan yang dijadualkan bermula pada Januari tahun depan dan dijangka siap pada penghujung Mac 2028.
Al-Sultan Abdullah bertitah projek berkenaan memberi makna besar kepada Pahang dalam teknologi tenaga boleh baharu.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri, Citaglobal dan MASDAR kerana projek solar ini antara yang terbesar di Asia Tenggara.
"Projek ini juga memberikan peluang pekerjaan dan dapat disiapkan secepat mungkin," titah baginda.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Bhd, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Projek MASDAR, Abdulla Zayed.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Citaglobal, Datuk Aimi Aizal Nasharuddin berkata, projek itu mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan, khususnya sepanjang projek pembinaan.
Katanya, peluang pekerjaan itu antaranya dalam bidang kejuruteraan, pembinaan dan kejuruteraan elektrik.
"Kita menggunakan permukaan air seluas 600 hektar di Empangan Chereh. Kita jangkaan projek ini akan bermula pada awal tahun depan dan siap pada Mac 2028," katanya.
Apabila siap kelak, projek ini akan menjadi loji solar terapung sepenuhnya dan terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti 200 megawatt di permukaan Empangan Chereh.
Projek itu dijangka mampu menjana tenaga elektrik bersih yang mencukupi untuk kira-kira 100,000 rumah di Malaysia setiap tahun.
Dalam kenyataan sebelum ini, Mohamad Norza berkata, projek solar terapung di Empangan Chereh berpotensi membantu Malaysia membangunkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu (TBB) yang boleh dieksport ke pasaran antarabangsa.
"Pengalaman MASDAR, termasuk pelaksanaan projek solar terapung yang telah siap di Indonesia, memberikan keyakinan dan kesinambungan kepada pelaksanaan projek sama di Malaysia.
"Solar terapung menggunakan teknologi khusus dan penyertaan dalam kerjasama ini memberi pendedahan serta peluang pembelajaran yang bernilai kepada pasukan kami," katanya.#BeritaHarian
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh Babit Kawasan Seluas 600 Hektar
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh Babit Kawasan Seluas 600 Hektar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/10/sultan-pahang-rasmikan-majlis-pecah.html

0 Response to "Sultan Pahang Rasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh Babit Kawasan Seluas 600 Hektar "
Catat Ulasan