Judul : HIS TIZA Pahang Muncul Pemegang Saham Kedua Terbesar Dalam Mentiga Corporation
link : HIS TIZA Pahang Muncul Pemegang Saham Kedua Terbesar Dalam Mentiga Corporation
HIS TIZA Pahang Muncul Pemegang Saham Kedua Terbesar Dalam Mentiga Corporation
KUALA LUMPUR: HIS TIZA Pahang Sdn Bhd, muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat perladangan kelapa sawit dan perkayuan, Mentiga Corporation Bhd.
Perkembangan itu menyusul selepas HIS TIZA menyelesaikan pengambilalihan 30.47 peratus kepentingan dalam Mentiga daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd yang dimiliki kerajaan negeri Pahang, pada harga RM21 juta, 5 November lalu.
Menurut makluman Mentiga kepada Bursa Malaysia, pegangan Amanah Saham Pahang dalam syarikat itu berkurangan kepada 43.91 peratus selepas transaksi berkenaan, namun kekal sebagai pemegang saham terbesar.
HIS TIZA merupakan usaha sama 50:50 antara HIS Holdings Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan TIZA Global Sdn Bhd, iaitu syarikat pelaburan milik Pengerusi Eksekutif Citaglobal Bhd, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
HIS TIZA mengumumkan perjanjian untuk membeli pegangan saham daripada Amanah Saham Pahang pada 13 Oktober lalu.
Urus niaga itu menilai saham Mentiga pada RM1 sesaham, iaitu premium 72.41 peratus berbanding harga pasaran saham syarikat berkenaan ketika itu. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel HIS TIZA Pahang Muncul Pemegang Saham Kedua Terbesar Dalam Mentiga Corporation
Anda sekarang membaca artikel HIS TIZA Pahang Muncul Pemegang Saham Kedua Terbesar Dalam Mentiga Corporation dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/11/his-tiza-pahang-muncul-pemegang-saham.html

0 Response to "HIS TIZA Pahang Muncul Pemegang Saham Kedua Terbesar Dalam Mentiga Corporation"
Catat Ulasan