Loading...

Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah

Loading...
Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah
link : Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah

Baca juga


Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai melunaskan denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Bayaran itu diselesaikan di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Peguam Najib, Farhan Muhammad Shafee berkata, bayaran selesai dibuat pada jam 1 tengah hari.

"Ya, sedang selesai proses," katanya ringkas.

Proses pembayaran bermula dengan seorang pemimpin UMNO membawa beg hitam berkunci di kaunter pembayaran hasil sebelum resit bayaran untuk perintah pelepasannya dikeluarkan.

Kaunter berkenaan dikawal rapi oleh pihak keselamatan mahkamah bersama polis, namun tiada penyokong bekas Presiden UMNO itu dilihat berada di kawasan sekitar.

Resit berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia sebelum proses perintah pelaksanaan tahanan rumah dapat dikeluarkan.

Sejak Selasa lalu, timbul spekulasi Najib akan menjelaskan denda berkenaan bagi membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Sebelum ini, peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan lokasi tahanan rumah yang dinyatakan dalam dokumen diperoleh ialah kediaman Najib di No 11, Langgak Duta di sini.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tiga kes pecah amanah, tiga pengubahan wang haram serta satu menyalahgunakan kedudukan dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Najib kemudiannya diperintah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas sabitan terhadapnya dikekalkan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan di Putrajaya, atas tuduhan berkenaan.

Pembelaan Najib memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.

Pada 18 September lalu, Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda sebanyak RM50 juta. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah

Sekianlah artikel Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/11/najib-selesai-melunaskan-denda-rm50.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Selesai Melunaskan Denda RM50 Juta Bolehkan Beliau Jalani Baki Hukuman Penjara Menerusi Tahanan Rumah"

Catat Ulasan

Loading...