Judul : Sultan Pahang Tegaskan Nama Istana, Gelaran Kebesaran Bukan Barang Dagangan Atau Lesen Raih Keuntungan Serta Kepentingan Peribadi
link : Sultan Pahang Tegaskan Nama Istana, Gelaran Kebesaran Bukan Barang Dagangan Atau Lesen Raih Keuntungan Serta Kepentingan Peribadi
Sultan Pahang Tegaskan Nama Istana, Gelaran Kebesaran Bukan Barang Dagangan Atau Lesen Raih Keuntungan Serta Kepentingan Peribadi
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menegaskan nama istana dan gelaran kebesaran bukan barang dagangan atau lesen untuk meraih keuntungan serta kepentingan peribadi, sebaliknya membawa amanah dan tanggungjawab yang perlu dipelihara.
Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda bertitah memberi teguran tegas kepada seluruh kerabat dan orang besar negeri supaya tidak menyalahgunakan nama, gelaran, kedudukan atau hubungan dengan Istana, termasuk mendakwa memperoleh perkenan baginda bagi memperdaya pihak tertentu.
“Saya ingin menegaskan bahawa nama Istana bukan barang dagangan, gelaran kebesaran bukan lesen mencari keuntungan dan kemuliaan institusi diraja bukan perisai untuk melindungi kepentingan peribadi.
“Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti menyalahgunakan nama institusi Kesultanan Pahang. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil tanpa mengira pangkat, gelaran mahupun pertalian kekeluargaan.
“Janganlah gelaran yang diwarisi berabad-abad lamanya hanya menjadi kebanggaan pada nama, sedangkan amanah dan tanggungjawabnya semakin dilupakan,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-121, hari ini.
Baginda turut mengingatkan sejarah pemerintahan Pahang yang bermula 556 tahun lalu, dengan peranan penting Raja, Bendahara, Orang Besar dan kerabat diraja dalam membentuk sistem pemerintahan negeri yang tersusun sejak berabad-abad lamanya.
Bagaimanapun, perubahan kepada sistem pemerintahan moden menyaksikan urusan kerajaan dilaksanakan menerusi Menteri Besar, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri serta seluruh jentera perkhidmatan awam, tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang.
Justeru, gelaran kebesaran dan kedudukan kerabat tidak memberikan kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.
Sebaliknya, golongan pembesar dan kerabat bergelar perlu memainkan peranan melalui kebijaksanaan, kesetiaan, keteladanan serta khidmat kepada rakyat, selain memelihara adat istiadat, menjunjung kedaulatan Raja dan menjaga keharmonian masyarakat.
Baginda turut menegaskan amanah warisan generasi terdahulu perlu diteruskan melalui tindakan yang mencerminkan kemuliaan institusi Kesultanan Pahang.
“Biar zaman dan generasi silih berganti, namun maruah Kesultanan Pahang tetap terpelihara, adatnya terus dijunjung, kedaulatannya terus dipertahankan dan rakyatnya sentiasa dinaungi dengan keadilan serta kasih sayang,” titah baginda. #BuletinTV3
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Tegaskan Nama Istana, Gelaran Kebesaran Bukan Barang Dagangan Atau Lesen Raih Keuntungan Serta Kepentingan Peribadi
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Tegaskan Nama Istana, Gelaran Kebesaran Bukan Barang Dagangan Atau Lesen Raih Keuntungan Serta Kepentingan Peribadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/11/sultan-pahang-tegaskan-nama-istana.html


0 Response to "Sultan Pahang Tegaskan Nama Istana, Gelaran Kebesaran Bukan Barang Dagangan Atau Lesen Raih Keuntungan Serta Kepentingan Peribadi"
Catat Ulasan