Loading...

Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik

Loading...
Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik
link : Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik

Baca juga


Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik



ARKIB : 18/04/2003 
UJIAN awal belum menyaksikan kemantapan skuad pra Olimpik negara tetapi jurulatih Allan Harris lega kerana pasukan bimbingannya menunjukkan peningkatan sebelum bermula cabaran kelayakan Olimpik, Julai ini.

Kata Harris, berkata, skuad bimbingannya itu masih memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan bagi menerapkan kombinasi dan meningkatkan kemahiran pemain.

Bagaimanapun, katanya, perlawanan persahabatan dengan Pahang yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 2-2 menyerlahkan kelemahan skuad bimbingannya itu.

Bagaimanapun, katanya, persembahan ditunjukkan boleh dikira baik berdasarkan kepada tempoh latihan yang singkat iaitu selama 10 hari.

``Skuad ini perlu lebih banyak pendedahan dan perlawanan persahabatan bagi memantapkan kombinasi pemain,'' katanya di Kuantan.

Jurulatih dari England itu menyifatkan persembahan ``anak-anak buahnya'' sewaktu bertemu Pahang sebagai masih `berkarat' kerana belum menemui kombinasi terbaik.

Namun, Harris menjelaskan bahawa dia tidak bimbang dengan situasi itu, malahan memuji persembahan pemainnya yang mempamerkan semangat juang tinggi apabila mampu mengikat skuad Tok Gajah meskipun setelah ketinggalan dua gol.

Gol-gol skuad pra Olimpik itu dijaringkan oleh Mat Saiful Mohamad pada minit ke-60 dan R. Surendran pada waktu kecederaan sementara gol Pahang dijaringkan oleh Jalaluddin Jaafar dan Hairuddin Omar.

Harris berkata, pada babak pertama, skuad negara sering kehilangan punca.

Pada babak kedua, katanya, persembahan ``anak-anak buahnya'' berubah dengan corak permainan lebih tersusun sehingga menghasilkan dua jaringan.

Ujarnya, perlawanan persahabatan itu penting sebagai pemanas badan untuk skuadnya dan memberi peluang kepadanya menguji 21 pemain.

``Saya juga amat berpuas hati dengan persembahan enam muka baru di dalam skuad ini yang kebanyakannya dimasukkan pada babak kedua,'' katanya.

Sementara itu, kata Harris, ancaman SARS adalah di antara faktor yang menjejas perancangan skuad pra Olimpik negara.

Menurut Harris, ini kerana kedua-dua isu tersebut menyebabkan program perlawanan persahabatan dan latihan di luar negara terpaksa dibatalkan.

``Bagaimanapun, kami akan mencari alternatif lain untuk memastikan pemain dan skuad pra Olimpik bersedia sebelum menghadapi kejohanan sebenarnya,'' katanya.

Skuad kebangsaan turut membatalkan lawatannya ke Thailand untuk mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan dengan pasukan di negara gajah putih itu berikutan ancaman SARS.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2nRUN0T
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik

Sekianlah artikel Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/harris-lega-peningkatan-pemain-skuad.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harris lega peningkatan pemain skuad Olimpik"

Catat Ulasan

Loading...