Loading...

Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT

Loading...
Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT
link : Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT

Baca juga


Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT

KUANTAN: Kehangatan aksi suku akhir pertama Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin terasa apabila ribuan penyokong menyerbu Stadium Darul Makmur di sini hari ini bagi mendapatkan tiket.

Tinjauan Bernama mendapati penyokong telah berkumpul dan beratur di kaunter sejurus selepas solat Jumaat agar tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan yang dijangka sengit esok.

Suasana di sekitar perkarangan stadium dilihat teratur dengan orang ramai sabar menunggu giliran walaupun cuaca panas dan ada juga penyokong yang membawa anak kecil untuk bersama membeli tiket.

Seorang penyokong, Fadhli Abdullah Hashim, 28, berkata dia bergegas ke stadium itu untuk membeli tiket selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

“Kira-kira pukul 2 petang saya sudah berada di stadium dan ketika itu sudah ramai yang menanti kaunter tiket yang dibuka sejam kemudian.

“Bagi mendapatkan empat tiket hari ini saya terpaksa beratur dua jam bersama penyokong lain ketika cuaca panas,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 28,000 tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala FA membabitkan Pahang dengan JDT dijual bermula pukul 3 hingga 6.30 petang dan jika tiket tidak habis dijual, kaunter tiket akan dibuka kembali pukul 9 pagi esok.

Setiap individu hanya boleh membeli empat tiket dan harga yang ditetapkan ialah RM25 bagi pentas utama, berbumbung (RM15) dan terbuka (RM12). —Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ogkAR2

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT

Sekianlah artikel Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/penyokong-serbu-beli-tiket-perlawanan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penyokong Serbu Beli Tiket Perlawanan Pahang-JDT"

Catat Ulasan

Loading...