Loading...

Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia

Loading...
Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia
link : Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia

Baca juga


Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia



ARKIB : 25/12/2002
Daripada ZULKEFLI HAMZAH
JAKARTA - Indonesia yang terpaksa bertatih untuk mara ke separuh akhir Piala Tiger memandang tinggi kemampuan Malaysia yang berpotensi menguburkan impian mereka untuk menjulang piala itu.

Bagi Indonesia, persembahan luar biasa Malaysia mengejutkan juara bertahan Thailand 3-1 dan tuan rumah, Singapura 4-0 semasa pusingan awal membuktikan mereka sebagai pasukan yang mantap dan berbahaya.

``Setelah melihat dua perlawanan Malaysia menentang Thailand dan Singapura di televisyen, saya menilai Malaysia adalah pasukan kuat. Mereka adalah pasukan yang bagus dan berbahaya,'' kata jurulatih Indonesia, Ivan Kolev di Jakarta semalam.

Apa yang paling ditakuti oleh jurulatih berasal dari Bulgaria dan pernah memimpin skuad tempatan dalam liga Indonesia itu ialah serangan balas Malaysia yang pantas dan sering menghasilkan gol.

Malaysia akan menentang Indonesia pada Jumaat ini di Stadium Bung Karno setelah muncul juara dalam Kumpulan B. Indonesia muncul naib juara Kumpulan A setelah Vietnam mengalahkan Myanmar 4-1.

Indonesia yang membelasah Filipina 13-1 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan sangat bergantung kepada keputusan perlawanan Vietnam-Myanmar berikutan kutipan mata yang sama dengan Myanmar.

Kolev berkata, berikutan prestasi anak buah Allan Harris yang memberangsangkan itu, Indonesia perlu berwaspada terutama di bahagian pertahanan untuk menangkis serangan Malaysia yang pantas.

Mengenai strategi pasukannya, Kolev menjelaskan, setakat ini pihaknya belum menentukan corak permainan dan pemain yang bakal diturunkan kerana ia bergantung kepada keadaan pemain dan lawan.

Bagi Indonesia, Malaysia merupakan lawan yang sering mengecewakan mereka.

Ini kerana Malaysia pernah mengecewakan Indonesia di pusingan separuh akhir Piala Tiger 1996 dengan keputusan 1-3.

Bagaimanapun bagi Kolev, kemenangan besar ke atas Filipina telah menjadi bekal dan memberi motivasi kepada pasukannya untuk meneruskan perjuangan menghadapi Malaysia.

``Pasukan Indonesia sudah mulai menunjukkan peningkatan terutama mental pemain sehingga dapat dilihat sekarang Indonesia bermain tanpa beban. Saya berharap ini dapat dipertahankan ketika di separuh akhir nanti,'' katanya.

Berbekalkan semangat itu dan strategi yang bakal diatur, jelas Kolev, pasukannya tidak akan gentar melawan Malaysia terutama apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

``Sebagai tuan rumah kita tidak boleh menyerah begitu saja. Dan saya yakin para pemain telah memiliki motivasi yang tinggi untuk menang pada perlawanan akan datang,'' tambahnya.

Bekas pemain kebangsaan, Bambang Nurdiansyah pula mengingatkan Indonesia agar meningkatkan konsentrasi semasa menentang Malaysia berikutan prestasi pasukan itu yang begitu membanggakan.

``Saya terkejut semasa Malaysia secara meyakinkan dapat menewaskan Thailand yang merupakan raja bola sepak ASEAN. Indonesia patut berwaspada dengan pasukan Malaysia walaupun secara umumnya kemampuan kedua-dua pasukan adalah seimbang,'' katanya. - Utusan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2n6yxwU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia

Sekianlah artikel Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/indonesia-tetap-hormati-kehebatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Indonesia tetap hormati kehebatan Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...