Loading...

Teka-teki empat pasukan

Loading...
Teka-teki empat pasukan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teka-teki empat pasukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teka-teki empat pasukan
link : Teka-teki empat pasukan

Baca juga


Teka-teki empat pasukan



ARKIB : 25/12/2002
JAKARTA - Empat pasukan yang bertarung pada separuh akhir bola sepak Piala Tiger 2002 Jumaat ini telah dijangka tetapi tidak seperti edisi sebelum ini, juara bertahan, Thailand tidak dianggap pasukan pilihan untuk menjulang trofi utama Asia Tenggara itu.

Buat kali ketiga dalam empat kejohanan, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia melengkapkan empat pasukan separuh akhir, seperti kejohanan 1996 dan 2000.

Hanya kejohanan pada 1998 menyaksikan pasukan baru ke separuh akhir, apabila Singapura menyingkir Malaysia dan terus menjulang Piala Tiger dengan kemenangan mengejut ke atas Indonesia dan Vietnam.

Dalam dua lagi kejohanan, Thailand menguasai piala itu yang mengukuhkan reputasi mereka sebagai raja bola sepak rantau Asia Tenggara.

Thailand sekali lagi diletakkan selaku pilihan utama tahun ini tetapi mereka dikejutkan pada pusingan pertama oleh Malaysia, yang menewaskan penyandang juara itu 3-1 dan turut menumbangkan pasukan tuan rumah bersama, Singapura 4-0.

Menerusi persembahan mengagumkan, sebahagian besar pemain regular Malaysia yang masih muda dan bertenaga, bermain cemerlang selepas bertanding pada Sukan Asia di Busan, Oktober lalu.

Bagaimanapun, sebahagian besar pemain utamanya direhatkan Ahad lalu ketika Malaysia seri 1-1 dengan Laos. Ia adalah sebagai persediaan untuk pertembungan separuh akhir menentang Indonesia, Jumaat ini.

Jika keputusan perlawanan mengikut prestasi pasukan, ia bakal menyaksikan pertarungan antara Malaysia dengan Vietnam pada perlawanan akhir, 29 November ini.

Vietnam, yang tewas pada perlawanan akhir kejohanan 1998 di tempat sendiri, menjuarai Kumpulan A dengan tiga kemenangan daripada empat perlawanan.

Mereka menceriakan penyokong menerusi gaya serangan yang pantas yang telah menyumbang 19 gol dan meraih kemenangan penting 4-2 ke atas Myanmar pada perlawanan terakhir kumpulan, Isnin lalu.

Sebagai tuan rumah bersama, Indonesia bertarung dalam Piala Tiger dengan jangkaan tinggi tetapi mereka menghadapi kesulitan pada tiga perlawanan pertamanya.

Indonesia seri 0-0 dengan Myanmar, bangkit daripada ketinggalan 2-1 sebelum menewaskan Kemboja 4-2, dan kemudian mendapat gol pada lewat permainan ketika seri 2-2 dengan Vietnam.

Walaupun Indonesia menunjukkan kelasnya ke atas Filipina dengan kemenangan besar 13-1 Isnin lalu, mereka perlu berusaha lebih keras apabila berdepan dengan pasukan bimbingan Allan Harris, Malaysia.

Indonesia mungkin memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan tetapi Malaysia telah membuktikan keupayaan mereka menghadapi situasi itu apabila melenyapkan sorakan 40,000 penyokong Singapura.

Thailand perlu meningkatkan semula keupayaan mereka ketika menentang Vietnam jika berharap menjulang Piala Tiger buat kali ketiga.

Selepas menewaskan Laos 5-1, mereka kalah kepada Malaysia dan melangkah ke separuh akhir atas perbezaan jaringan selepas seri 1-1 dengan Singapura.

Kali terakhir dua pasukan itu bertemu dalam Piala Tiger ialah pada separuh akhir kejohanan 1998 dengan Vietnam menewaskan Thailand 3-0 untuk mara ke akhir.

Berdasarkan prestasi semasa, Vietnam menjadi pasukan pilihan untuk menyingkir pasukan Peter Withe, Jumaat ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2nWe9CV
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Teka-teki empat pasukan

Sekianlah artikel Teka-teki empat pasukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teka-teki empat pasukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/teka-teki-empat-pasukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Teka-teki empat pasukan"

Catat Ulasan

Loading...