Loading...
Judul : Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik
link : Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik
Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik
SARIKEI, SARAWAK - Seorang kanak-kanak berjaya melarikan diri dari diculik seorang lelaki bermotosikal, lapor Info Sarawak.
Dalam kejadian malam tadi di depan sebuah kedai kopitiam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dipaksa oleh seorang lelaki naik ke motosikalnya yang berwarna merah sebelum memecut melarikan kanak-kanak itu tanpa disedari orang awam.
Lapor Info Sarawak, ketika berada berhampiran Terminal Bas, mangsa bertindak menggigit tangan suspek dan terus melompat dari motosikal sebelum melarikan diri.
Ibu bapa mangsa yang berniaga di kedai kopitiam berkenaan berjaya menemui anak mereka semula di Terminal Bas tidak beberapa lama kemudian yang difahamkan terus membuat laporan polis pada hari kejadian.
Bertindak di atas laporan ibu bapa mangsa, polis kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai masih berada dalam daerah itu.
Justeru, ibu bapa diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau pergerakan anak mereka bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi. - The Reporter
Demikianlah Artikel Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik
Sekianlah artikel Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/kanak-kanak-perempuan-gigit-tangan.html
0 Response to "Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik"
Catat Ulasan