Loading...

Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha

Loading...
Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha
link : Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha

Baca juga


Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha


KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, 35, menganggap isu berpegangan tangan dengan Uqasha Senrose ketika menghadiri satu majlis hiburan, baru-baru ini, sebagai perkara remeh yang sengaja diperbesar-besarkan. 

Shah juga menyifatkan, isu itu tidak membawa apa-apa manfaat sebaliknya mempertahankan tindakannya itu hanya untuk memastikan keselamatan Uqasha yang kebetulan mengenakan sepatu bertumit tinggi supaya selesa ketika acara berlangsung. 

"Mereka yang hadir pada acara itu tahu apa yang berlaku. Sebagai gandingannya dalam drama Syurgaku Tak Sempurna, saya perlu memastikan Uqasha selesa dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bukan hanya Uqasha, tetapi saya juga melakukan perkara yang sama terhadap pelakon wanita lain.

"Saya tidak berbuat apa-apa kesilapan, jadi ada baiknya perkara ini tidak diperbesarkan. Saya faham asam garam dunia hiburan apabila perkara kecil sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian ramai," katanya. 

Shah bersyukur, isu itu tidak memberi kesan kepada rumah tangganya meskipun isterinya, Siti Sarah Mohd Noor pernah bertanya mengenai perkara itu. 

"Saya mengaku memimpin tangan Uqasha, tetapi saya tiada niat lain kecuali memastikan keselamatannya. Syukur kerana isteri memahami malah enggan memperbesarkan isu ini apabila ada pihak media menghubungi untuk mendapatkan komennya. 

"Sebelum ini, saya pernah memimpin tangan pelakon wanita lain tetapi tidak pula diperbesarkan. Lagipun, ia tidak membabitkan perasaan jadi tidak perlu ia dijadikan isu," katanya. 

Shah yang pernah dua kali dijulang sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) berkata, hubungan isterinya dan Uqasha juga baik malah, mereka masih bertegur sapa sekiranya bertemu pada acara tertentu. 

"Sejak memenangi anugerah, saya mengingatkan diri supaya tidak terjerat lagi dengan kontroversi. Sampai bila saya mahu popular dengan kontroversi? Bagi saya, kontroversi seperti ini tidak membantu kerana fokus saya ketika ini ialah kepada lakonan," katanya. 

Shah dan Uqasha bergandingan dalam drama 30 episod terbitan Darkwave Pictures, Syurgaku Tak Sempurna yang kini ditayangkan di Hypp TV. - BHonline


Demikianlah Artikel Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha

Sekianlah artikel Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/pegang-tangan-untuk-keselamatan-uqasha.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pegang tangan untuk keselamatan Uqasha"

Catat Ulasan

Loading...