Loading...

Kemuncak awal punca gagal

Loading...
Kemuncak awal punca gagal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemuncak awal punca gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemuncak awal punca gagal
link : Kemuncak awal punca gagal

Baca juga


Kemuncak awal punca gagal



ARKIB : 31/12/2002
KETUA pasukan Malaysia, Tengku Hazman Raja Hassan memenangi anugerah pasukan terbersih (Fair Play) Piala Tiger di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, kelmarin. - Gambar Saiful Nizam Bahari.

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berkata, skuad bola sepak negara bimbingan jurulatih Allan Harris terlalu awal sampai ke kemuncak pada kejohanan Piala Tiger, yang menyaksikan Malaysia hanya mampu menduduki tempat keempat.

Begitupun, baginda tetap berpuas hati dengan aksi keseluruhan skuad negara dan yakin skuad muda itu mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak negara pada masa akan datang.

``Keseluruhannya (mereka) bermain dengan baik. Saya berada di Jakarta (Stadium Senayan) semalam menyaksikan pertemuan Malaysia-Vietnam.

``Saya yakin pasukan ini akan menjadi pasukan terbaik pada masa akan datang. Mereka masih muda...barangkali over peak dan kita tidak bernasib baik,'' kata baginda ketika mengulas aksi skuad negara pada saingan Piala Tiger, yang berakhir di Jakarta, kelmarin.

Baginda berkata demikian kepada pemberita selepas berangkat menghadiri majlis rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Kuantan, semalam.

Turut hadir Sultanah Kalsom dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

``Janganlah kerana kita kalah sekali, dah nak kritik. Berikan mereka masa dan sokongan... mereka masih muda dan inilah pasukan masa depan kita,'' tegas baginda.

Pada kejohanan itu, Malaysia mengejutkan pasukan pilihan Thailand 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Singapura. Sebelum itu skuad bimbingan jurulatih dari England itu yang tidak diberi sebarang peluang telah membenam pasukan Singapura 4-0.

Bagaimanapun Malaysia yang muncul juara kumpulan B tewas kepada Indonesia 0-1 pada saingan separuh akhir dan hanya menduduki tempat keempat selepas tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sultan Ahmad Shah berkata, tumpuan kini ialah skuad berkenaan perlu diberi pendedahan secukupnya bagi memastikan misi pada Sukan SEA 2003 dan kelayakan Piala Asia tahun depan mampu membanggakan negara.

Baginda turut melahirkan keyakinan dengan kebolehan jurulatih Allan Harris untuk terus membimbing skuad negara.

``Allan sebenarnya kecewa dengan kegagalan kita untuk meraih sesuatu pada kejohanan berkenaan. Tetapi bagi saya, dia telah melakukan yang terbaik...'' kata baginda.

Sultan Ahmad Shah berkata apa yang perlu diberi perhatian serius kini ialah skuad berkenaan perlu memupuk komitmen dan disiplin yang tinggi agar bola sepak negara kembali dihormati, setidak-tidaknya di rantau Asia Tenggara. - Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2n6fhQg
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Kemuncak awal punca gagal

Sekianlah artikel Kemuncak awal punca gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemuncak awal punca gagal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/kemuncak-awal-punca-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemuncak awal punca gagal"

Catat Ulasan

Loading...