Loading...

Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan

Loading...
Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan
link : Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan

Baca juga


Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan



ARKIB : 31/12/2002
Daripada ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
JAKARTA - Cabaran Piala Tiger 2002 sudah berakhir namun kisah-kisah menarik di sebaliknya terus menjadi perbualan peminat-peminat bola sepak termasuk kedu-dukan Malaysia di tempat keempat setelah tewas 2-1 kepada Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin.

Thailand pula, bukan sahaja mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada Piala Tiger 2000 di Bangkok malah memastikannya mencapai matlamat tersebut sebanyak tiga kali termasuk penguasaan di Singapura pada 1996, Malaysia gagal untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga.

Sementara, Indonesia sekalipun gagal menjadi juara buat pertama kali, mengekalkan tempat kedua manakala Vietnam memperbaiki pencapaian dengan merampas kedudukan Malaysia.

Bagaimanapun, tempat ketiga sama ada bagi Malaysia atau Vietnam bukannya satu pencapaian terbaik kerana skuad kebangsaan merupakan naib johan Piala Tiger 1996 manakala pasukan Indo China itu muncul naib johan pada 1998.

Bagaimanapun, perlawanan di antara Malaysia dengan Vietnam kelmarin jelas mengecewakan. Bukan kekalahan menjadi ukuran tetapi persembahan hambar anak-anak buah jurulatih, Allan Harris menimbulkan persoalan.

``Saya kecewa dengan persembahan pemain-pemain kerana menunjukkan aksi di luar jangkaan, tidak sebagaimana ditunjukkan dalam dua perlawanan lalu,'' kata Harris.

Jika dibandingkan, Malaysia tewas 1-0 kepada Indonesia dalam separuh akhir, perlawanan yang lebih penting daripada perebutan tempat ketiga tetapi peminat bola sepak tanah air pasti dapat menerima kekalahan tersebut kerana pemain-pemain negara telah beraksi dengan hebat.

Malah, dalam perlawanan peringkat Kumpulan B, Malaysia menewaskan Thailand 3-1 yang merupakan kemenangan moral kerana mencalarkan rekod tanpa kalah skuad Gajah Putih di sepanjang kejohanan tersebut.

Entah kenapa, tiba-tiba sahaja Malaysia gagal mengekalkan rentak tersusun sehingga mudah untuk Vietnam memberi tekanan kepada skuad negara.

Apakah semangat juang tinggi Malaysia luntur hanya kerana kekecewaan akibat tewas kepada Indonesia dalam separuh akhir sehingga membawa kepada aksi buruk sehingga menggadai tempat ketiga?

Berbeza Vietnam, daripada persembahan buruk ketika tewas 4-0 kepada Thailand, bangkit mempamerkan aksi mantap ketika berdepan Malaysia.

Skuad kebangsaan pula, daripada aksi memberangsangkan, terus merosot yang sudah tentu menimbulkan kebimbangan kerana penyakit seumpama itu merupakan di antara penyebab kejatuhan mutu bola sepak negara selama ini.

Seharusnya, persembahan hambar khususnya di separuh masa pertama boleh dihindarkan kerana Malaysia tidak tertekan oleh penonton yang merupakan penyokong Indonesia memandangkan mereka lebih memberi perhatian kepada perlawanan di antara tuan rumah dengan Thailand.

Peliknya sebelum itu, di depan sorakan gemuruh penyokong Indonesia di stadium yang boleh memenuhi 100,000 penonton itu, Malaysia boleh bermain dengan baik tetapi dengan Vietnam segalanya berubah.

Jadi, sudah jelas bahawa Malaysia boleh beraksi di mana sahaja walaupun berdepan gema sorakan atau tindakan penonton di gelanggang lawan untuk mengetepikan label sebagai `jaguh kampung' sebagaimana sebelum ini.

Ini merupakan perkembangan baik buat skuad Malaysia yang dibarisi pemain muda untuk menghadapi cabaran lebih besar pada masa depan tetapi sikap sebagaimana berdepan Vietnam dalam Piala Tiger 2002 perlu dihindari. - Utusan

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2n6A0mS
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan

Sekianlah artikel Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/persembahan-menentang-vietnam-terlalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Persembahan menentang Vietnam terlalu mengecewakan"

Catat Ulasan

Loading...