Loading...

Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain

Loading...
Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain
link : Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain

Baca juga


Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain

GONZALO Higuain.

NAPLE: Pengkhianat, tamak dan tidak setia!

Itu antara kata-kata yang pasti bermain di bibir penyokong Napoli apabila menyambut kepulangan Gonzalo Higuain, yang kini bersama musuh tradisi, Juventus, menjelang perhitungan kedua-dua pasukan, awal pagi Isnin ini.

Ketika bersama Napoli musim lalu, Higuain menjadi pemain kesayangan apabila meledak 36 gol, namun bayaran 90 juta pound (RM424.7 juta) menyaksikan bintang Argentina itu meninggalkan kelab berkenaan tanpa sebarang ucapan selamat tinggal.

“Kami menunggu selama setahun untuk dia kembali. Kami tidak suka dengan cara dia meninggalkan kelab dan kelakuannya.

“Dia beritahu sayangkan Napoli tetapi dia tinggalkan kelab ini kerana duit. Dia seorang pengkhianat,” kata seorang penyokong, Bruno Alcidi.

“Higuain seorang pemain yang memiliki nama besar tetapi bagi kami dia tidak bernilai. Lihat Diego Maradona, dia memberi sepenuh jiwanya kepada kelab. Di Napoli, sejarah Higuain langsung tidak ada.

PENGKHIANAT, tamak dan tidak setia! merupakan kata- kata yang bermain di bibir penyokong Napoli apabila menyambut kepulangan Gonzalo Higuain, yang kini bersama musuh tradisi, Juventus, menjelang perhitungan kedua-dua pasukan, awal pagi Isnin ini. – Foto AFP

“Dia boleh pergi ke mana sahaja tetapi memilih menyertai musuh. Ia seperti meninggalkan Madrid untuk ke Barcelona, yang jelas satu pengkhianatan,” kata seorang lagi penyokong, Salvatore Romano.

Higuain bagaimanapun tidak terlalu memikirkan soal sambutan yang bakal diterimanya ketika perlawanan itu nanti.

“Jersi sesebuah pasukan memiliki nilainya tersendiri tetapi di penghujungnya, bola sepak adalah satu kerjaya seperti kerja lain.

“Setiap orang bebas untuk bekerja di mana saja yang membuatkan mereka rasa gembira,” kata pemain 29 tahun itu. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2olyIc8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain

Sekianlah artikel Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/penyokong-napoli-tak-sabar-tunggu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyokong Napoli Tak Sabar Tunggu Higuain"

Catat Ulasan

Loading...