Judul : 'Red Ranger' Mengaku Salah Tikam Rakan Serumah
link : 'Red Ranger' Mengaku Salah Tikam Rakan Serumah
'Red Ranger' Mengaku Salah Tikam Rakan Serumah
PELAKON yang terkenal dengan watak Red Ranger dalam siri televisyen kanak-kanak, Power Rangers, Ricardo Medina, mengaku bersalah menikam rakan sebilik sehingga mati.
Dalam perbicaraan yang berlangsung pada Khamis, Medina, 38, mengaku berbuat demikian di kediaman mereka di Green Valley, Los Angeles, menggunakan sebilah pedang.
Insiden itu berlaku pada Januari tahun lalu, selepas kedua-duanya terbabit dalam satu pergaduhan.
Portal LA Times melaporkan, Medina dikenakan hukuman enam tahun penjara dan tarikh hukuman bermula 30 Mac ini.
Medina terlepas hukuman mati kerana mengaku salah, kata peguamnya, Stanley Friedman.
Medina sebelum ini memegang watak Red Ranger dalam siri TV itu pada 2002 sehingga 2003, sebelum muncul kembali untuk memegang watak penjahat dalam siri Power Rangers Samurai pada tahun 2011.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m8GGES✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel 'Red Ranger' Mengaku Salah Tikam Rakan Serumah
Anda sekarang membaca artikel 'Red Ranger' Mengaku Salah Tikam Rakan Serumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/red-ranger-mengaku-salah-tikam-rakan.html
0 Response to "'Red Ranger' Mengaku Salah Tikam Rakan Serumah"
Catat Ulasan