Loading...

Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026

Loading...
Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026
link : Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026

Baca juga


Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026

ZURICH: Slot ke Piala Dunia bagi semua rantau akan ditambah ketika kejohanan bola sepak terulung berkenaan berkembang kepada 48 pasukan pada 2026, dengan Afrika menerima lebih manfaat, menurut cadangan dikeluarkan FIFA, awal pagi tadi.

Pelan untuk mengembangkan kejohanan itu melebihi format 32 pasukan ketika ini, menjadi subjek utama untuk diluluskan pada Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Bahrain, Mei ini, yang menjanjikan sembilan tempat buat Afrika berbanding lima ketika ini.

Asia yang ketika ini memperoleh empat atau lima slot, akan bertambah kepada lapan manakala Eropah meningkat daripada 13 kepada 16.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) akan menerima enam slot, melebihi yang diperoleh ketika ini iaitu antara tiga atau empat.

Badan induk itu bagi Amerika Selatan (CONMEBOL) yang ketika ini mempunyai empat ke lima slot akan menerima enam, menurut cadangan daripada Majlis FIFA itu.

Oceania yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang slot jaminan ke Piala Dunia akan menerima satu slot yang dijamin.

Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin mengakui badan induk itu ‘puas hati’ dengan pelan berkenaan.

“Kami merasakan UEFA diwakili dengan adil dan saksama menerusi 16 pasukan yang layak beraksi dalam format baharu Piala Dunia,” katanya.

“Kami mengalu-alukan cadangan ini untuk diluluskan oleh Majlis FIFA di Bahrain pada 9 Mei.”

Keputusan untuk mengembangkan Piala Dunia yang dibuat pada 10 Januari lalu dianggap kemenangan besar buat Presiden FIFA, Gianni Infantino yang mengisi kerusi itu hanya setahun yang lalu.

Katanya, di bawah format baharu berkenaan, lebih banyak negara “akan berpeluang untuk bermimpi” dalam kejohanan lebih besar yang akan menjadi cermin buat “Piala Dunia Abad ke-21.” – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2noQQNZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026

Sekianlah artikel Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/semua-rantau-dapat-tambahan-slot-piala.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semua Rantau Dapat Tambahan Slot Piala Dunia 2026"

Catat Ulasan

Loading...