Judul : (Video) Bayi henti menangis lepas cium baju busuk ibu
link : (Video) Bayi henti menangis lepas cium baju busuk ibu
(Video) Bayi henti menangis lepas cium baju busuk ibu
SATU momen yang comel apabila seorang bayi lelaki yang sedang meraung secara tiba-tiba berhenti menangis setelah diberikan baju busuk ibunya untuk dicium.
Video yang dirakam pada awal bulan ini di sebuah daerah di San Francisco, Amerika Syarikat itu menunjukkan bayi berusia tiga bulan berkenaan terus tenang, malah memeluk erat baju ibunya sambil tersenyum.
“Satu hari, saya sedang menjaga dia ketika ibunya bertugas dan pada ketika itu dia menjadi sangat cerewet,” tulis bapa bayi berkenaan dipetik laporannya oleh Daily Mail.
“Seorang rakan memberi cadangan kepada saya supaya meletakkan baju yang telah dipakai ibunya di atas muka, supaya dia boleh bertenang.
“Saya langsung tidak percayai ia berkesan! Saya harap video ini dikongsi supaya dapat bantu bapa lain apabila berada dalam keadaan sama” katanya lagi.
Kredit :
– www.mynewshub.cc
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel (Video) Bayi henti menangis lepas cium baju busuk ibu
Anda sekarang membaca artikel (Video) Bayi henti menangis lepas cium baju busuk ibu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/video-bayi-henti-menangis-lepas-cium.html
0 Response to "(Video) Bayi henti menangis lepas cium baju busuk ibu"
Catat Ulasan