Judul : Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia
link : Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia
Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia
Rasai keunikan itu hanya di Jembatan Akar, Sumetara.Bestnya kalau dapat bercuti ke negara Eropah dan berpeluang melihat tempat-tempat menarik disana.
Tapi, bila tengok balik baki akaun bank, tak cukup lagi untuk kesana.
Advertisement
Jangan risau, siapa kata hanya di negara Eropah dan barat je ada tempat menarik dilawati? Tak perlu pergi jauh-jauh dah. Di Indonesia ada semuanya.
Paling penting, tak perlu berbelanja besar dan bila-bila masa anda boleh pergi.
1. Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan
Antelope Canyon
Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan
Kalau di Amerika Syarikat gah dengan gua batu Antelope Canyon. Di Indonesia anda oleh menikmati pengalaman yang sama di Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan.
2. Pantai Pegadungan
Hutan Zhangjiajie, China
Pantai Pegadungan
Pernah tak kamu tonton filem-filem Cina yang berlatar belakangkan keunikan taman Hutan Zhangjiajie, China? Di Indonesia juga terdapat Pantai Pegadungan yang tidak kurang hebatnya.
3. Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia
Plitvice Lakes
Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia
Croatia terkenal dengan tasik yang boleh bertukar warna, Plitvice Lakes. Tapi nak ke Croatia tu jauh kan? So, pergi sahaja ke Telaga Warna, Dieng Plateau, Indonesia. Jauh lebih jimat.
4. Pulau Belitung, Danau Kaolin
kolam air panas Pamukkale, Turki
Pulau Belitung, Danau Kaolin
Cantiknya kalau dapat bergambar kenangan di kolam air panas Pamukkale, Turki. Ya, anda juga boleh berkunjung ke Pulau Belitung, Danau Kaolin ini untuk merasakan kehangatan yang sama seperti di Pamukkale, Turki.
5. Taman Negara Baluran
Masai Mara Game Reserve, Kenya
Taman Negara Baluran
Siapa kata di Indonesia tidak mempunyai savana seperti di Masai Mara Game Reserve, Kenya? Taman Negara Baluran adalah buktinya.
6. Pulau Cinta, Sulawesi
Pulau Bora-Bora
Pulau Cinta, Sulawesi
Pulau Bora-Bora sering dijadikan lokasi bulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin. Kalau nak jimat, anda boleh ke Pulau Cinta yang terletak di utara Sulawesi pula. Nama pulau ini pun dah menggambarkan bagaimana suasana di sana kan?
7. Jembatan Akar, Sumetara
Cherrapunji, India
Jembatan Akar, Sumetara
Pernahkah anda dengar kewujudan jambatan daripada akar pokok di Cherrapunji, India? Rasai keunikan itu hanya di Jembatan Akar, Sumetara.
8. Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo
Mont-Ventoux, Perancis
Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo
Lautan ungu membanjiri ladang lavender di Mont-Ventoux, Perancis. Tapi tu la, nak ke Perancis tu bukan mudah. Gunung Semeru, Oro-Oro Ombo ini juga nampak hebat kan? Malah lebih cantik pemandangannya yang berlatar belakang kawasan gunung.
9. Gua Jomblang, Yogyakarta
Stevens Gap, Alabama
Gua Jomblang, Yogyakarta
Cuba kamu lihat gua Stevens Gap, Alabama dan Gua Jomblang di Yogyakarta.Apa perbezaannya? Sama bukan?
10. Kawah Putih, Bandung
Kawah air panas gunung berapi, New Zealand
Kawah Putih, Bandung
Keindahan semula jadi kawah air panas gunung berapi di New Zealand tersembunyi di sebalik kehijauan rimbunan pepohon. Tetapi, jika dia Kawah Putih, Bandung, kawah air panas terlindung dengan awan mendung yang dingin.
SUMBER
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m8JxNO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia
Anda sekarang membaca artikel Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/tak-sangka-10-lokasi-menakjubkan-ini.html
0 Response to "Tak Sangka, 10 Lokasi Menakjubkan Ini Ada Di Indonesia"
Catat Ulasan