Judul : Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung
link : Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung
Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung
Samsung dan Apple ialah dua kuasa besar dunia peranti mudah alih dengan gergasi Korea Selatan ini memegang takhta sebagai pengeluar nombor satu tahun lalu. Hubungan di antara dua syarikat ini agak dingin kerana kes saman menyaman yang sudah berlarutan hampir enam tahun. Sungguhpun begitu mereka masih boleh berurusan antara satu sama lain.
Laman Nikkei Asian Review hari ini melaporkan Apple telah memesan 70 Juta panel OLED dari Samsung. Ini dipercayai akan digunakan pada peranti iPhone yang bakal dilancarkan tahun ini. Jumlah pesanan ini adalah amat tinggi kerana ura-ura sebelum ini mengatakan hanya iPhone Edition akan dilengkapi skrin OLED.
Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar di dunia dan tindakan oleh Apple ini tidak mengejutkan. Bagi pengguna ini ialah berita baik kerana OLED memberikan paparan warna yang lebih baik dan mengurangkan penggunaan bateri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung
Anda sekarang membaca artikel Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/apple-dilaporkan-memesan-70-juta-panel.html
0 Response to "Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung"
Catat Ulasan