Loading...

Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri

Loading...
Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri
link : Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri

Baca juga


Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri


Seorang pemuda mengambil keputusan ‘cetek akal’ apabila cuba mencabut nyawanya sendiri hanya kerana ditinggalkan kekasih.

Lelaki berusia 23 tahun itu menelan pelbagai jenis ubat sebelum menoreh pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau akibat putus cinta.

Kejadian dikatakan berlaku di rumahnya di tingkat 10, Kondominium Warisan City View, di sini, jam 2 pagi semalam.

Sumber berkata, rakan mangsa membuat panggilan kecemasan dan mendakwa mangsa cuba membunuh diri selepas menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati rumah mangsa berkunci.

“Anggota polis berusaha membuka pintu jeriji besi dan pintu rumah mangsa sebelum menemui mangsa di dalam biliknya,” katanya.

Dia berkata, mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk rawatan lanjut.

“Doktor mengesahkan mangsa dalam keadaan stabil tetapi masih lemah. Luka di pergelangan tangan kiri mangsa juga dirawat.

“Mangsa dipercayai mengambil pelbagai jenis ubat sebelum mengelar dirinya, namun ubat diambil tidak mendatangkan kematian. Pihak hospital memberi rawatan bagi mengeluarkan semua ubat-ubatan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.27 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi.

“Anggota bomba membantu mengangkat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak hospital,” katanya. - PressReader


Demikianlah Artikel Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri

Sekianlah artikel Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kelaran-cinta-pemuda-ditinggal-kekasih.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelaran Cinta: Pemuda Ditinggal Kekasih Cuba Bunuh Diri"

Catat Ulasan

Loading...