Judul : Balotelli Bantu Nice Kecewakan Bordeaux
link : Balotelli Bantu Nice Kecewakan Bordeaux
Balotelli Bantu Nice Kecewakan Bordeaux
MARIO Balotelli (kanan) meraikan gol dalam saingan Ligue 1, Nice (OGCN) dengan Bordeaux (GDB) pagi tadi. – Foto AFP
PARIS: Mario Balotelli menyempurnakan sepakan penalti ketika Nice mempamerkan kebangkitan daripada ketinggalan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux, dalam saingan Ligue 1, pagi tadi.
Kemenangan itu merapatkan jurang dengan pendahulu, AS Monaco kepada hanya empat mata.
Pada perlawanan itu, Gaetan Laborde hanya memerlukan sembilan minit untuk meletakkan Bordeaux di depan namun Balotelli tenang menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-16 selepas Arnaud Souquet dikasari.
Valentin Eysseric tampil dengan gol kemenangan pada minit ke-27 untuk memastikan Nice di landasan betul memburu kejuaraan musim ini.
Nice kini menghuni tangga ketiga dengan 67 mata namun sudah beraksi lebih satu perlawanan berbanding Monaco dan juara bertahan, Paris Saint-Germain.
Namun kecederaan lutut Alassane Plea dan Wylan Cyprien seakan-akan meragut keceriaan Nice tetapi seluruh pasukan kendalian Lucien Favre memberi jaminan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ozn2zo✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Balotelli Bantu Nice Kecewakan Bordeaux
Anda sekarang membaca artikel Balotelli Bantu Nice Kecewakan Bordeaux dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/balotelli-bantu-nice-kecewakan-bordeaux.html
0 Response to "Balotelli Bantu Nice Kecewakan Bordeaux"
Catat Ulasan