Judul : “Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida
link : “Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida
“Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida
“Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh,”
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Seri Vida (DSV) yang mengesahkan sudah bercerai dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin ketika dihubungi oleh mStar Online.
Ketika pengasas produk kecantikan Qu Puteh ditanya adakah beliau terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman nyata kecewa kerana menurutnya sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.
“Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya,” Tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai punca perpisahan mereka, Vida menjelaskan beliau belum bersedia berkongsi mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah berlaku.
“Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula,” katanya.
Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
“Tidak… sakit ini biar saya yang tanggung,” katanya.
Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir ahli perniagaan kelahiran Machang, Kelantan itu memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.
Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.
“Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah,” katanya.
Sumber. – mStar Online
The post “Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida appeared first on The Alternatif.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oOFZNO✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel “Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida
Anda sekarang membaca artikel “Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/sakit-ini-biar-saya-yang-tanggung-datuk.html
0 Response to "“Sakit ini biar saya yang tanggung,” – Datuk Seri Vida"
Catat Ulasan