Loading...

Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu

Loading...
Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu
link : Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu

Baca juga


Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu


SEORANG bayi perempuan berusia 42 hari dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu badan ibunya, dalam kejadian di Taman Seremban Jaya, Seremban semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, ibu bayi berkenaan, Nur Ain Abdullah, 24, dilaporkan memberi susu badan kepada anaknya, Nur Izz Qaireen Mikayla Abdul Hadee sebelum tidur seketika.

Bagaimanapun sebaik sahaja dia bangun untuk ke tandas pada 4.30 pagi, wanita itu mendapati muka anaknya kebiruan, hidungnya berdarah dan tidak sedarkan diri.

Cemas dengan keadaan itu, Nur Ain memaklumkan suami, Abdul Hadee Abdul Kahar, 26, sebelum mereka membawa Nur Izz Qaireen ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Bagaimanapun saya dikhabarkan berita menyedihkan sebaik doktor memaklumkan anak kedua kami meninggal dunia 5.45 pagi.

“Sebelum ini arwah pernah beberapa kali tersedak namun dapat dikawal. Ketika kejadian, saya bangun untuk menukarkan lampin namun dapati arwah tidak bergerak,” katanya yang akui reda dengan pemergian anaknya.

Sementara itu, Nur Ain memberitahu, dia menyedari perubahan anaknya, Nur Izz sejak kelmarin yang sering merengek dan tidak mahu menyusu.

Menurutnya, mereka tinggal di Putrajaya namun, ketika kejadian, mereka berada di rumah keluarganya sempena cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong dan peristiwa Israk dan Mikraj.

Pasangan ini, mempunyai seorang lagi anak sulung perempuan yang berusia setahun lebih

Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Thiew Hock mengesahkan kematian bayi itu disebabkan tersedak susu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu

Sekianlah artikel Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/bayi-berusia-42-hari-maut-tersedak-susu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu"

Catat Ulasan

Loading...