Loading...
Judul : Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran
link : Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran
Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran
PENYANYI Syamel memberitahu dia tidak menyalahkan penonton Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang mengkritik nyanyiannya sumbang dan tidak mengikut tempo pada Ahad lalu.
Katanya, dia sendiri berasa hairan dan terkejut ketika menonton siaran ulangan dan tidak mengetahui bahawa nyanyiannya kedengaran sumbang apabila ditonton di televisyen.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi bila saya lihat sendiri, persembahan saya memang ke laut.
“Semasa membuat persembahan secara langsung, saya rasa tiada langsung masalah dan saya rasa nyanyian saya baik mengikut tempo.
“Saya juga menghadiri sesi latihan bagi memastikan tidak akan timbul sebarang masalah ketika membuat persembahan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Syamel, dia juga merasa terkejut apabila dirinya menjadi sasaran penonton kerana tiada masalah yang timbul semasa membuat persembahan lagu tema AME2017 tersebut.
Jelasnya lagi, mungkin terdapat masalah teknikal yang menyebabkan suaranya kedengaran sumbang di televisyen.
“Penonton yang berada di karpet merah semua menyanyi bersama dan tiada pula beritahu saya menyanyi sumbang ketika itu.
“Saya sendiri tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang dan ia mungkin terdapat beberapa masalah teknikal,” katanya. - MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran
Sekianlah artikel Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/nyanyian-ke-laut-syamel-terkejut-jadi.html
0 Response to "Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran"
Catat Ulasan