Loading...

FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali

Loading...
FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali
link : FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali

Baca juga


FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mahu perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 8 Jun ini diadakan di gelanggang berkecuali.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya masih kekal dengan pendirian itu walaupun Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) mahu perlawanan berkenaan dilangsungkan di Pyongyang.

"Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai penganjur akan memutuskan perkara ini. PRKFA ada menghantar surat kepada AFC menyatakan keinginan mereka bermain di Pyongyang dan memberi jaminan keselamatan terhadap skuad negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) yang disempurnakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi di sini, pada Isnin.

Hamidin berkata AFC mahukan surat daripada kerajaan, sama ada dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Kementerian Luar bagi mengukuhkan permintaan FAM.

"Kita akan adakan satu mesyuarat bersama KBS yang akan dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali bagi membincangkan perkara ini.

"Yang penting, saya bersama Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pegawai tertinggi FAM sepakat tidak mahu aksi Harimau Malaya dengan Korea Utara berlangsung di sana (Pyongyang).

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan semua aksi skuad negara bagi kempen kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Beliau berkata FAM mempunyai strategi tersendiri selain faktor kemudahan dan infrastruktur di stadium itu yang memenuhi kriteria.

"Kita juga sudah hantar surat kepada AFC. Sebelum ini gelanggang kita di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil, tapi kali ini kita telah bermesyuarat untuk bermain di Larkin bagi semua perlawanan pusingan kelayakan itu," katanya.

Pertemuan Malaysia dan Korea Utara seharusnya dilangsungkan pada 28 Mac lepas tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan FAM yang mahu ia dilangsungkan di gelanggang berkecuali.

Ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. -- BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oG7TvL

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali

Sekianlah artikel FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/fam-tegas-mahu-aksi-msia-korea-utara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali"

Catat Ulasan

Loading...