Loading...

Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan

Loading...
Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan
link : Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan

Baca juga


Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah, dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan tiga kereta di KM 271.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang Isnin.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Wafiq Fitri Walilah manakala bapanya, Walilah Karim, 40, ibunya, Sri Yulianty Mukhtaruddin, 34, adiknya, Puteri Wafiqah, 2, yang duduk di pangkuan ibunya, cedera parah.

Kemalangan kira-kira pukul 6.10 petang itu turut mengakibatkan kesesakan sejauh kira-kira 10km.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata kesemua mangsa menaiki kereta jenis Honda BRV yang dipandu Walilah.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang berada di lorong tengah dari arah Seremban menghala ke Nilai telah hilang kawalan dan terus melanggar belakang Honda BRV yang bergerak perlahan kerana trafik sesak.

"Sebuah kereta Toyota Estima yang sebelum itu berada di hadapan bas berkenaan sempat menukar haluan ke lorong kiri tetapi dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah kereta jenis Mercedes yang berada di lorong itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Menurutnya, Muhammad Wafiq Fitri yang berada di tempat duduk belakang maut dipercayai tercampak keluar dari kereta manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Pemandu bas ditahan untuk siasatan lanjut termasuk menjalani ujian air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, kemalangan yang berlaku di lorong tengah menyebabkan pihaknya terpaksa menutup dua daripada tiga lorong ke arah utara.

"Kami sudah membuka kesemua lorong yang ditutup di lokasi kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam namun kesesakan arah utara masih berlaku sejauh 10km," katanya. -- BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oG3b0Y

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan

Sekianlah artikel Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kanak-kanak-lelaki-maut-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan libatkan empat kenderaan"

Catat Ulasan

Loading...