Loading...

Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain

Loading...
Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain
link : Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain

Baca juga


Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain



ARKIB : 14/10/2003
Oleh A. Jailani Abdullah

MAMPUKAH bendera negara kali terakhir berkibar di pusingan akhir bola sepak Piala Asia selepas kali terakhir melakukannya pada 1980 - 23 tahun lepas.

Ketika kali terakhir layak hampir suku abad lalu, ia bermakna hampir keseluruhan pemain yang ada dalam skuad kebangsaan sekarang baru mengenal bola sepak. Malah sebahagiannya baru belajar bertatih.

Skuad negara pernah beraksi sebanyak lima kali di pusingan akhir sebelum ini dengan kali terakhir pada kejohanan yang berlangsung di Kuwait.

Kini, selepas gagal dalam lima percubaan, generasi baru membuka peluang untuk Jalur Gemilang berkibar di pusingan akhir yang akan berlangsung di Beijing, China tahun depan.

Selepas berakhirnya tiga perlawanan dalam pusingan pertama kelayakan Kumpulan F di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin Malaysia menduduki tempat kedua dengan lima mata. Iraq merupakan skuad terunggul ketika ini dengan tujuh mata.

Malaysia memulakan kempen dengan membelasah Myanmar 4-0, seri dengan Iraq 0-0 dan mempamerkan kebangkitan mengkagumkan untuk mencatat seri 2-2 dengan Bahrain.

Iraq di tangga teratas setelah dua kali menang dan sekali seri manakala Bahrain, yang akan menjadi tuan rumah pusingan kedua nanti di Manama dari 20 hingga 24 Okt ini, menduduki tangga ketiga dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri. Myanmar di tangga terbawah tanpa mata.

Berdasarkan format baru, Piala Asia 2004 melibatkan 16 pasukan - pertambahan empat tempat daripada kejohanan empat tahun lepas.

Peringkat kelayakan terbahagi kepada tujuh kumpulan - dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan akhir. Baki dua tempat diisi secara automatik oleh tuan rumah, China dan juara bertahan, Jepun.

Setakat ini, hanya Kuwait yang telah melayakkan diri daripada pusingan kelayakan.

Persembahan skuad negara pada pusingan pertama tidak begitu menyerlah dibandingkan kehebatan Iraq dan Bahrain.

Namun, semangat menjadi kunci kepada kejayaan skuad negara mengukir keputusan seri dengan kedua-dua pasukan pilihan awal itu.

Malah sebelum kempen bermula, skuad negara dilanda oleh masalah kecederaan yang memaksa jurulatih Allan Harris menggugurkan lima pemain tonggak.

Penyerang utama, Akmal Rizal Rakhli menjalani pembedahan apendisitis manakala pemain tengah, K. Nanthakumar diserang demam campak. Penyerang Sabah, Zainizam Marjan, pemain pertahanan Subri Sulong dan Nidzam Jamil pula cedera sebelum saingan bermula.

Harris juga tidak dapat mengumpulkan pemain-pemain untuk latihan lebih lama kerana persaingan Piala Malaysia yang hanya berakhir pada 4 Oktober lepas.

Kekurangan perlawanan yang kompetitif menyaksikan skuad negara lambat mendapat rentak pada perlawanan pertama dengan Myanmar.

Namun, kelemahan utama yang perlu diperbaiki ialah hantaran bola yang kurang kemas dan masalah ini begitu menonjol dalam ketiga-tiga perlawanan mereka.

Malaysia kemudian mempamerkan pertahanan mantap, dan bernasib baik kerana tidak dibolosi oleh para penyerang skuad Iraq yang membedil benteng negara dengan percubaan bertubi-tubi dan kemudian mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mengikat Bahrain.

Pusingan kedua tentu lebih sukar kerana Bahrain memiliki kelebihan penyokong sendiri di Manama, tetapi jika mereka terus mengekalkan semangat tidak mengenal putus asa, tiada tembok yang mampu menghalang.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2oOx9Dm
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain

Sekianlah artikel Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kelayakan-piala-asia-pusingan-kedua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Harapan Malaysia di Bahrain"

Catat Ulasan

Loading...