Loading...

Malaysia catat seri

Loading...
Malaysia catat seri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia catat seri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia catat seri
link : Malaysia catat seri

Baca juga


Malaysia catat seri



ARKIB : 13/10/2003

MALAYSIA bangkit dengan semangat juang tinggi untuk menghasilkan dua gol pada babak kedua bagi mengikat Bahrain dengan keputusan 2-2 sekali gus mencerahkan peluang ke pusingan akhir bola sepak Piala Asia pada perlawanan terakhir peringkat pertama kelayakan Kumpulan F di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Jaringan jarak jauh Muhammad Shukor Adan dan sepakan Norhafiz Zamani Misbah pada minit ke-90 memastikan skuad negara mengutip satu mata berharga sekaligus menduduki tempat kedua kumpulan dengan lima mata, dua mata di belakang Iraq.

Pada perlawanan semalam, Bahrain hanya memerlukan enam minit untuk menjaringkan gol kedua menerusi Mahmood Jalal Wedae sebelum mengukuhkan kedudukan beberapa minit sebelum rehat hasil tandukan Mohamed Husain.

Gerakan untuk gol pertama bermula daripada larian solo Faisal Abdul Aziz Rashed di sebelah kiri yang kemudian membuat hantaran lintang ke dalam kawasan penalti.

Aala Ahmed Hubail mengacah untuk menyepak, mengelirukan M. Elangoo yang membayanginya dan juga penjaga gol, Mohamad Syamsuri Mustafa dan bola yang meleret di depan pintu gol terbuka dirembat masuk oleh Mahmood untuk Bahrain mendahului 1-0

Babak pertama terus menjadi milik skuad Asia Barat itu apabila mereka memperoleh gol kedua setelah Mohamad Husain menanduk masuk dari jarak dekat pada minit kedua masa kecederaan.

Gol berpunca daripada sepakan percuma Mahmood Jalal di sebelah kanan gawang yang mencipta keadaan kelam-kabut di depan pintu gol Malaysia sebelum bola ditanduk masuk oleh Mohamad Husain yang tidak dicabar oleh Syamsuri.

Berasa mendahului selesa dan keetihan akibat bermain pantas menyaksikan Bahrain memperlahankan rentak permainan pada babak kedua.

Percaturan Bahrain itu membuka ruang buat skuad negara untuk meningkatkan serangan dan berjaya menghasilkan gol pada minit ke-80 hasil sepakan jarak jauh pemain tengah, Muhammad Shukor Adan.

Shukor mendapat bola selepas rembatan Hairuddin melantun setelah bola terkena pertahanan lawan dan melepaskan sepakan kencang dari jarak kira-kira 25 meter yang mencecah penjuru atas kanan gawang gol.

Seminit sebelum permainan tamat, pemain pertahanan, Norhafiz, yang naik bagi membantu barisan serangan menolak masuk gol penyamaan dari jarak dekat selepas Mohamed Ali gagal menampan kemas sepakan pemain gantian, Yosri Derma Raju di luar kawasan gol.

Sementara itu, Iraq menundukkan Myanmar 3-0 untuk menduduki tempat teratas selepas tamat pusingan pertama dengan tujuh mata.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2obrs1c
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Malaysia catat seri

Sekianlah artikel Malaysia catat seri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia catat seri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/malaysia-catat-seri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia catat seri"

Catat Ulasan

Loading...