Loading...

Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan

Loading...
Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan
link : Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan

Baca juga


Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan

KES saman pelakon Vanidah Imran terhadap syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra atas dakwaan melanggar kontrak dan menggunakan imej pelakon itu secara salah, hari ini gagal diselesaikan secara mediasi.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli mewakili Vanidah kepada pemberita selepas mediasi kes saman di hadapan Pengarah Pusat Mediasi Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim di Pusat Mediasi di sini, hari ini.

Mohamad Saiful berkata, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat untuk penyelesaian kes dan ia akan diteruskan dengan perbicaraan selama tiga hari bermula 11 April.

Peguam itu berkata, Vanidah selaku plaintif akan memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Roszianayati Ahmad.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Rina Chew mewakili Miliyasutra Industries Sdn Bhd selaku defendan. Bagaimanapun, Vanidah dan wakil daripada syarikat itu tidak hadir.

Vanidah yang turut dikenali sebagai Vee memfailkan saman pada 28 Okt 2016 antara lainnya menuntut ganti rugi sebanyak RM765,000 atas dakwaan syarikat itu telah melanggar kontrak dan menggunakan imejnya secara salah.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa beliau telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 bagi tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, pelakon utama filem ‘The Red Kebaya’ itu telah melunaskan tanggungjawabnya tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Vanidah mendakwa sehingga kontrak tersebut tamat pada September 2014, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Pelakon itu mendakwa sekitar Julai 2016, beliau mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barang kosmetik jenama Ronasutra sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput dan penggunaan gambarnya masih berlanjutan sehingga sekarang.

Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000 dan RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai.

The post Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oTo4Jg

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan

Sekianlah artikel Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/kes-vanidah-imran-gagal-diselesaikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Vanidah Imran gagal diselesaikan"

Catat Ulasan

Loading...