Loading...
Judul : Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri
link : Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri
Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri
BEIJING – Seorang lelaki tua di wilayah Liaoning menyimpan impian untuk melihat helikopter yang dibinanya sejak 10 tahun lalu dapat terbang.
Menurut media China, lelaki berusia 80-an itu yang dikenali dengan nama keluarganya Gu keluar setiap hari untuk memperelokkan helikopter yang dibinanya itu.
Kabin pesawat berkenaan kini semakin besar dan bilah kipasnya semakin panjang sejak ia mula membinanya.
Gu mendakwa, helikopter itu memenuhi standard penerbangan, cuma ia terlalu berat.
Lelaki itu hanya tamat pelajaran sekolah rendah dan menghabiskan hampir seluruh hidupnya bekerja di sebuah kilang mesin sejak berusia 15 tahun.
Dia mengaku tiada pengetahuan secukupnya mengenai pesawat apabila mula membina helikopter itu. Dia bagaimanapun mendapatkan bantuan beberapa pakar tempatan.
Secara keseluruhan dia sudah menghabiskan wang sebanyak 50,000 hingga 60,000 yuan (RM32,000 – RM38,000) untuk helikopter berkenaan.
Dia yakin dapat menerbangkannya dalam masa terdekat ini. Gambar Gu dan helikopternya yang tersebar menerusi media sosial negara itu mendapat banyak komen.
Bagaimanapun, komen yang paling banyak bukanlah mengenai helikopter itu, tetapi mengenai kesabaran pihak berkuasa tempatan membiarkan pesawat itu berada di sekitar taman perumahan sejak sekian lama. – Agensi
Demikianlah Artikel Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri
Sekianlah artikel Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/04/yakin-dapat-terbang-helikopter-dibina.html
0 Response to "Yakin Dapat Terbang Helikopter Dibina Sendiri"
Catat Ulasan