Judul : Ceroboh Tanah Haram: Menteri Besar Beri Amaran Keras Semua Pihak Tidak Cabar Ketegasan Kerajaan Pahang
link : Ceroboh Tanah Haram: Menteri Besar Beri Amaran Keras Semua Pihak Tidak Cabar Ketegasan Kerajaan Pahang
Ceroboh Tanah Haram: Menteri Besar Beri Amaran Keras Semua Pihak Tidak Cabar Ketegasan Kerajaan Pahang
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mencabar ketegasan Kerajaan Negeri dalam menangani isu pencerobohan tanah haram.
Tegasnya Kerajaan Negeri Pahang akan mempertingkat usaha membanteras pencerobohan dengan lebih tegas menerusi kerjasama agensi penguatkuasaan dalam memantau, menguatkuasa dan mengambil tindakan undang-undang.
“Saya ingin tegaskan di sini, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menceroboh tanah milik kerajaan secara haram.
“Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencabuli kedaulatan dan maruah pentadbiran negeri ini,” katanya.
Ujarnya pencerobohan tanah kerajaan adalah satu jenayah dan pihaknya akan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan setiap inci tanah yang diceroboh secara haram akan diambil kembali dan dipulihkan semula.
Jelasnya bermula pada tahun 2023, tindakan telah diambil untuk mendakwa penceroboh ke muka pengadilan, dan tidak lagi hanya mengenakan kompaun seperti sebelumnya.
“Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan, ugutan atau helah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, sama ada individu mahu pun kumpulan.
“Kita akan pastikan bahawa tanah kerajaan dimanfaatkan untuk pembangunan negeri, demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh, bukan untuk kepentingan segelintir yang tamak dan tidak bertanggungjawab
Wan Rosdy berkata sebagaimana disebut oleh ADUN Lantikan, Mohd Fadzli Mohd Ramly, Selasa lalu, terdapat beberapa kes pencerobohan yang telah didakwa di mahkamah dan dikenakan denda melebihi RM100,000.
Jelas beliau, tindakan tersebut bukan untuk memalukan sesiapa tetapi sebagai peringatan dan pengajaran bahawa Kerajaan Negeri amat serius dalam menangani isu berkenaan secara menyeluruh. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Ceroboh Tanah Haram: Menteri Besar Beri Amaran Keras Semua Pihak Tidak Cabar Ketegasan Kerajaan Pahang
Anda sekarang membaca artikel Ceroboh Tanah Haram: Menteri Besar Beri Amaran Keras Semua Pihak Tidak Cabar Ketegasan Kerajaan Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/ceroboh-tanah-haram-menteri-besar-beri.html

0 Response to "Ceroboh Tanah Haram: Menteri Besar Beri Amaran Keras Semua Pihak Tidak Cabar Ketegasan Kerajaan Pahang"
Catat Ulasan