Loading...

Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir

Loading...
Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir
link : Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir

Baca juga


Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir

KUANTAN: Polis dalam fasa akhir siasatan membabitkan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang berhubung dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub pada 10 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tidak lama lagi.

"Pada 14 April lalu, mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Raub untuk membantu siasatan berhubung dakwaan itu sebelum dibebaskan keesokannya.

"Kami juga turut menyoal siasat beberapa individu lain dalam kes terbabit.

"Siasatan masih berjalan dan dalam fasa akhir sebelum diserahkan kepada Pejabat DPP," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 15 April lalu, Yu Hui dan Wilson dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir

Sekianlah artikel Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/ketua-polis-pahang-siasatan-ke-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Polis Pahang: Siasatan Ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA Kini Dalam Peringkat Akhir"

Catat Ulasan

Loading...