Judul : ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS
link : ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS
ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS
Satu pandangan menongkah arus dari tan sri.
1. Pendidikan yang berasaskan agama adalah oder baru bagi bangsa melayu dan umat islam malaysia.
2. Ibubapa yang menghantar anak mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada ibubapa yang tiada pendidikan dan harta. Ada juga ibubapa yang berpendidikan tinggi dan berharta.
3. Pendidikan dalam agama bukanlah menjanjikan pekerjaan yang bergaji lumayan. Tetapi ibubapa lebih mengharapkan “celik” agama.
4 kemajuan yang dikecapi oleh negara tidak membimbangkan lagi ibubapa tentang masa depan anak mereka walaupun berpendidikan agama kerana macam-macam kerja halal yang boleh dibuat selepas tamat belajar. Walaupun lebih pada kerja sendiri tanpa makan gaji.
5 peningkatan gejala sosial yang mendorong ibubapa menghantar anak mereka belajar agama. Kerana anak yang soleh dapat membantu mereka dialam bazah. Serta rasa tanggungjawap dalam diri ibubapa.
6. Atas peningkatan permintaan ini, ramai yang menceburi bidang ini dengan menubuhkan tahfiz. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
7. Sekolah agama kerajaan terhad dan perlu mendapat kelayakan tertentu untuk masuk yang tidak dimiliki oleh pelajar ini.
8 sikap orang melayu islam yang amat bermurah hati melakukan amal jariah menjadi pendorong kearah penubuhan tahfiz yang mendatangkan pulangan yang lumayan. Lihat saja di pintu masuk bank, terdapat tong derma untuk tahfiz. Begitu juga yang berjalan kaki berbatu-batu dari pintu ke pintu untuk kutip derma. Pembahagian hasil derma yang tinggi kepada pengutip derma juga merupakan punca lambakan tahfiz.
9 Adalah sesuatu yang amat sensitif untuk kerajaan mengambil tindakan atau kekangan dengan peraturan yang ketat apatah lagi kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Sikap diam kerajaan ini adalah satu kelemahan dalam membangunkan kekuatan dan kemajuan anak bangsa.
10 kejadian yang berlaku dijohor memang kes yang terpencil. Tetapi sesuatu tindakan perlu diambil supaya dapat mencegah dari berulang.
11. Kanak-kanak yang hidup dalam keadaan “tertutup dari dunia luar” akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara negatif bila mereka dah dewasa.
Semua pihak perlu ambil iktibar dari kisah ini. Penutupan semua sekolah tahfiz secara terburu2 akan menimbulkan lagi banyak masaalah. Sesetengah sekolah tahfiz ni merangkap rumah kebajikan – ramai ibubapa yg tak mampu tinggalkan anak disana kerana sekolah tahfiz kebanyakannya hidup atas sedekah masyarakat.
Apa yg perlu adalah mesti ada syarat2 wajib sebelum sekolah tahfiz dibenarkan wujud. Nak meniaga warung pun ada undang2 & syarat, tak kanlah nak jaga anak org semudah nak bela ayam itik? Pertama, bangunan tempat tinggal kanak2 ini mesti diluluskan oleh bomba; kedua, pengetua mestilah org yg berkelayakan. Pihak majlis agama mesti ubah fokus – sentiasa buat spot check dan sama2 berusaha meningkatkan taraf & kualiti sekolah tahfiz.
Ibubapa juga perlu berubah. Bukan tugas anak2 untuk memenuhi impian anda yg tak kesampaian; anak2 juga bukan tiket untuk anda masuk syurga secara ekspress. Ibubapa perlu ikhlas, tugas ibubapa adalah menolong anak2 untuk memenuhi potensi mereka sebagai manusia yg berguna.
langkah2 yg mesti diutamakan boleh disenaraikan seperti berikut:
1) surat permohonan rasmi dr pihak yg ingin membuka sekolah tahfiz kpd kementerian yg berwajib.
2) testimoni, kelayakan, latar belakang barisan2 tenaga pengajar termasuk pengetua dan pekerja2 am sekolah.
3) lokasi, struktur, pengawasan dan keselamatan sekolah.
4) kedudukan kewangan pihak pengurusan sekolah.
5) urusan2 yuran, perbelanjaan dan kos setiap pelajar sepanjang pengajian.mungkin banyak lagi kriteria2 yg tidak boleh dipandang ringan oleh pihak2 yg berwajib yg mesti diteliti dan dipertimbangkan. memandangkan ghairahnya masyarakat Islam dewasa ini yg berlumba2 menghantar anak2 mempelajari dan mendalami Islam, jgnlah ada pihak2 yg mengambil kesempatan menjadikan ugama sbg ruang atau platform utk mengaut keuntungan.
– http://ift.tt/2qziFV4
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pSBZAd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS
Anda sekarang membaca artikel ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/anak-bukan-tiket-untuk-anda-ke-syurga.html
0 Response to "ANAK BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS"
Catat Ulasan