Loading...

AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH

Loading...
AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH
link : AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH

Baca juga


AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH

Keputusan Datuk Seri Azmin Ali mengekalkan barisan exco sedia ada di Selangor menunjukkan menteri besar itu takut kepada PAS, kata seorang pemimpin Umno hari ini.

Kata Tan Sri Noh Omar, pendirian Azmin itu dibuat kerana Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sedar PAS memiliki kekuatan.

“Saya ada baca kenyataan menteri besar semalam yang menyatakan beliau masih mahu kekal exco yang ada.

“Ini menunjukkan bahawa Azmin lebih takut kepada PAS kerana dia tahu PAS ada kekuatan,” katanya di Shah Alam hari ini.

PAS memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR yang terbina sejak 2008. Tindakan itu – yang perlu dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama – meletakkan kedudukan exco PAS menjadi tanda tanya.

Hal itu kerana, jika PAS terus berada dalam kerajaan negeri, ia dilihat bercanggah sama sekali dengan pendirian muktamar yang memutuskan kerjasama dengan PKR.

Selain PKR, kerajaan Selangor turut dibentuk dengan kerjasama dua seteru ketat PAS, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Exco kanan PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam menegaskan mereka akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai komitmen parti itu meneruskan mandat diberi pengundi pada pilihan raya umum lalu.

AMANAH memang mencadangkan kepada Azmin supaya mengetepikan PAS daripada barisan exco Selangor ekoran keputusan muktamar baru-baru ini.

Bagaimanapun Azmin menegaskan beliau tidak bercadang untuk merombak barisan exco Selangor.
Menurut Noh, selain takut kepada PAS, Azmin juga dilihat gagal menghormati rakannya dalam kerajaan negeri, iaitu DAP dan AMANAH.

“Saya tengok dia (Azmin) lebih takut kepada PAS, dan juga tidak menghormati DAP dan AMANAH, kerana PAS sudah putus hubungan dengan DAP dan AMANAH,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q42OAK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH

Sekianlah artikel AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/azmin-takut-pas-tak-hormat-dap-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AZMIN TAKUT PAS, TAK HORMAT DAP DAN AMANAH"

Catat Ulasan

Loading...