Judul : Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi Rumah Shah Rukh Khan
link : Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi Rumah Shah Rukh Khan
Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi Rumah Shah Rukh Khan
GARA-gara terlalu fanatik dengan raja Bollywood, Shah Rukh Khan, enam gadis bersepupu sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata mahu menyaksikan artis pujaan mereka itu dengan mata sendiri.
Teka-teki kehilangan enam gadis yang berusia dari 12 hingga 15 tahun dari Nashik, yang terletak kira-kira 165 kilometer dari Mumbai itu terjawab selepas pihak polis berjaya menemui mereka di hadapan rumah SRK.
Memetik laporan Hindustan Times, enam gadis ini dilaporkan hilang selepas ibu bapa mereka membuat laporan polis ekoran cemas anak mereka tiada di rumah pada Selasa lalu.
Menurut pihak polis, mereka dikatakan keluar dari rumah pada waktu petang dan pergi ke sebuah kuih sebelum bergerak untuk menaiki kereta api di stesen Nashik Road.
Mereka kemudian menuju ke kawasan Dadar, Mumbai, tempat bintang terkenal itu tinggal.
Saat ditemui pihak polis, mereka enam sepupu dikatakan berada di luar pagar banglo SRK dengan harapan mahu melihat raja bollywood itu.
Polis kemudian membawa mereka ke Nashik dan sebelum ditemukan dengan ibu bapa mereka, enam gadis ini menerima kaunselor panjang lebar dari pihak polis.
Menurut ibu bapa mereka, keenam sepupu itu sememangnya tergila-gila aktor itu. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qlVKN7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi Rumah Shah Rukh Khan
Anda sekarang membaca artikel Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi Rumah Shah Rukh Khan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/cemas-6-gadis-hilang-rupanya-pergi.html
0 Response to "Cemas 6 Gadis Hilang, Rupanya Pergi Rumah Shah Rukh Khan"
Catat Ulasan