Loading...
Judul : Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan
link : Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan
Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan punca perolehan miliknya, tiga tahun lalu.
Hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya Sohaini berkata mahkamah berpandangan Ku, 59, telah mengisi borang dengan lengkap dan teratur mengikut format Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Mahkamah berpandangan tertuduh tiada niat untuk sembunyi apa-apa maklumat atau fakta yang dikehendaki SPRM mengenai harta yang dimilikinya.
"Mahkamah memutuskan tertuduh telah mematuhi terma notis seperti pertuduhan dengan mengisytihar semua perolehannya, mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan ini," katanya.
Sebaik Sohaini membacakan keputusan, suasana di bilik mahkamah yang sunyi dan tenang bertukar dengan bunyi sorakan dan tepukan. Beberapa penyokong Ku yang hadir dilihat bersalaman sesama mereka.
Ku, didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma Notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013, yang beliau telah gagal untuk mengisytiharkan segala punca perolehan dalam Surat Akuan Bersumpah bertarikh 8 Jan 2014.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu Ku telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Ketika ditemui pemberita, Ku, yang kini berkhidmat di bahagian urusetia JSJ Bukit Aman, enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya tersenyum dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed manakala Ku diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent. -- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnJ6RY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan
Sekianlah artikel Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ku-chin-wah-lepas-dan-bebas-pertuduhan.html
0 Response to "Ku Chin Wah Lepas Dan Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar Punca Perolehan"
Catat Ulasan