Loading...

Cheng Hoe cadang senarai pemain

Loading...
Cheng Hoe cadang senarai pemain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cheng Hoe cadang senarai pemain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cheng Hoe cadang senarai pemain
link : Cheng Hoe cadang senarai pemain

Baca juga


Cheng Hoe cadang senarai pemain



Isnin, 29 Mei 2017 @ 6:48 PM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

PENOLONG jurulatih Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe. KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan senarai 26 pemain Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan pusat bermula malam ini untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, 13 Jun depan, adalah cadangan daripada penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Cheng Hoe sendiri mencadangkan nama itu memandangkan ketua jurulatih, Nelo Vingada tidak sempat untuk menilai sendiri prestasi pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Ingin dijelaskan bahawa pemilihan pemain terbabit bukanlah ditentukan oleh pengurusan tertinggi FAM seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah senarai yang dicadangkan Cheng Hoe sendiri.

"Ini memandangkan Vingada baru saja tiba di tanah air pada 23 Mei lalu dan tidak sempat untuk menilai sendiri prestasi pemain," kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

 Menerusi kenyataan sama, Hamidin turut mengesahkan sembilan daripada 26 pemain itu berusia 30 tahun ke atas. Selebihnya 17 pemain lain adalah berusia di bawah 30 tahun iaitu tujuh pemain dalam lingkungan usia 22 hingga 25 tahun dan 10 pemain dalam lingkungan usia 26 hingga 29 tahun.

Selain itu, Hamidin turut mendedahkan Vingada adalah jurulatih yang lebih berminat untuk menggunakan pemain muda. Malah, jurulatih kelahiran Portugal itu juga mengakui akan memantau pemain skuad Projek Sukan SEA 2017 yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan pada masa akan datang.

 "Cuma untuk perlawanan pertama bertemu Lubnan pada 13 Jun ini, Vingada tidak mempunyai masa yang secukupnya dan menggunakan gabungan pemain sedia ada yang dirasakan adalah terbaik buat masa ini menerusi pemantauan oleh Cheng Hoe.

"Jadi peminat, penyokong dan bekas pemain ini perlu faham dengan situasi semasa dan tidak sepatutnya berterusan membangkitkan persoalan serta kritikan terhadap senarai 26 pemain yang dipilih itu.

"Sudah tentu bagi perlawanan seterusnya pada September, Oktober dan November nanti, Vingada akan dapat membariskan gabungan pemain muda dan senior terbaik untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya," tambah Hamidin

Sumber-Selanjutnya di : http://ift.tt/2rhwV8t


Demikianlah Artikel Cheng Hoe cadang senarai pemain

Sekianlah artikel Cheng Hoe cadang senarai pemain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cheng Hoe cadang senarai pemain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/cheng-hoe-cadang-senarai-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cheng Hoe cadang senarai pemain"

Catat Ulasan

Loading...