Loading...
Judul : Ramai Sedar Hak Mengundi
link : Ramai Sedar Hak Mengundi
Ramai Sedar Hak Mengundi
MELAKA - Melaka menjadi destinasi ketujuh persinggahan #JomKitaDaftarUndi dalam usaha mendaftarkan pengundi baharu bagi menghadapi PRU14 akan datang.
Dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Sinar Harian, AirAsia dan Astro, program berkenaan turut menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk tiket penerbangan AirAsia bagi pengundi baharu bertuah.
Timbalan Pengarah SPR Melaka, Mohd Azri Mohideen Abdul Kadir berkata, program yang diadakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai mendaftar sebagai pengundi.
Selain itu, katanya, ia juga antara usaha berterusan dijalankan bagi memastikan setiap warga Malaysia yang layak tidak melepaskan peluang melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Sehingga tengah hari ini (semalam) kita menerima sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.
“Ini sekali gus menunjukkan semakin ramai masyarakat sedar bahawa pentingnya mereka mendaftar untuk mengundi,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pengundi yang baru mendaftar, Muhammad Amirul Amsyar berkata, keputusan mendaftarkan diri sebagai pengundi adalah kerana menyedari ia satu tanggungjawab sebagai rakyat selain memastikan suara rakyat didengari kerajaan.
“Orang ramai sepatutnya menggunakan hak yang diberi kepada kita dan jangan bazirkan peluang ini,” katanya yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21, kelmarin.
Kempen Jom Kita Daftar Undi dilancarkan pada 3 Mac lalu ketika Karnival Karangkraf 2017.
Sebanyak 1,100 tiket penerbangan AirAsia termasuk ke Australia, Jepun dan Hong Kong ditawarkan kepada pengundi baharu bertuah.
Hadiah utama merupakan 10 tiket penerbangan ke Honolulu, Hawaii.
Maklumat lanjut kempen Jom Kita Daftar Undi boleh dilayari di laman web http://ift.tt/2qtxdKb. - SinarHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rebfrG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ramai Sedar Hak Mengundi
Sekianlah artikel Ramai Sedar Hak Mengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramai Sedar Hak Mengundi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ramai-sedar-hak-mengundi.html
0 Response to "Ramai Sedar Hak Mengundi"
Catat Ulasan