Judul : Dua sahabat ke tali gantung
link : Dua sahabat ke tali gantung
Dua sahabat ke tali gantung
Dua sahabat ke tali gantung|Dua sahabat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 2.93 kilogram tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu terhadap V.Nadarajan, seorang kontraktor dan R.Viknewaran, seorang pekerja kilang selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan.
Kedua-dua tertuduh yang berusia 30 tahun dilihat hanya bersahaja ketika hukuman mati itu dibacakan terhadap mereka secara lisan pada kira-kira pukul 10 pagi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah tersebut kira-kira pukul 7.20 petang, 14 Januari 2014 di kawasan letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Lintang, Sungai Siput.
Pertuduhan terhadap mereka berdua dibuat mengikut seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama .
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Mohd. Azrul Faidz manakala Nadarajan diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Vikneswaran diwakili P. Ravi.
The post Dua sahabat ke tali gantung appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6po9f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Dua sahabat ke tali gantung
Anda sekarang membaca artikel Dua sahabat ke tali gantung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/dua-sahabat-ke-tali-gantung.html
0 Response to "Dua sahabat ke tali gantung"
Catat Ulasan