Judul : Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS!
link : Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS!
Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS!
Sebagai salah satu rancangan untuk mengurangkan defisit perdagangan AS yang agak besar dengan Beijing, Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Roos berkata pada Khamis bahawa kedua-dua negara tersebut akan mengembangkan perdagangan daging lembu dan ayam serta meningkatkan akses bagi firma-firma kewangan.
Tawaran ini merupakan keputusan rundingan pertama yang dicapai bermula bulan lalu selepas pertemuan Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Florida bagi membincangkan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua negara.
Di dalam rundingan itu, China membenarkan AS untuk mengimport daging lembu tidak melebihi tarikh 16 Julai. Bagi tarikh yang sama, Amerika Syarikat juga akan mengeluarkan peraturan yang menghalang ayam China yang telah dimasak untuk memasuki pasaran AS.
Beijing juga membenarkan perkhidmatan pembayaran kad milik AS untuk memulakan proses pelesenan di dalam sistem Unionpay yang telah dimonopoli oleh China sebelum ini.
Trump telah berjanji sebelum ini di dalam kempen pilihanraya Presiden bahawa dia akan menghentikan amalan perdagangan dengan China dan negara-negara lain yang dianggap mengamalkan perdagangan tidak adil dengan AS.
Rundingan dengan China ini merupakan salah satu tindakan terbaru yang dibuat oleh Trump semenjak mengambil alih jawatan pada Januari bagi mencipta semula hubungan perdagangan antarabangsa AS.
Menurut Ross, tindakan ini akan secara tidak langsung membantu AS untuk menurunkan defisit perdagangan dan dapat dilihat menjelang akhir tahun.
Amerika Syarikat juga memberi isyarat untuk mengeksport gas asli cecair (LNG) disamping membuka ruang kepada China untuk membuka rundingan apa-apa jenis kontrak, termasuk kontrak jangka panjang dengan AS.
Buat masa ini, tawaran baru yang akan diwujudkan oleh kedua-dua negara ini masih tidak dapat dipastikan.
China sebelum ini telah memulakan larangan import jangka panjang terhadap daging lembu Amerika Syarikat bermula pada tahun 2003 disebabkan penyakit lembu gila di Washington.
Dasar Perlindungan Perdagangan Akan Menjejaskan Ekonomi! : William Dudley
The post Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS! appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q7G2bu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS!
Anda sekarang membaca artikel Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/ini-keputusan-rundingan-as-dan-china.html
0 Response to "Ini Keputusan Rundingan AS dan China Bagi Mengurangkan Defisit Perdagangan AS!"
Catat Ulasan