Loading...

Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad

Loading...
Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad
link : Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad

Baca juga


Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad

SEREMBAN: Pembelian saham Proton Holdings Bhd (Proton) oleh syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely), merupakan langkah terbaik untuk membantu syarikat itu terus bersaing di arena automotif.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Proton memerlukan rakan kongsi yang kuat dan besar untuk memastikan syarikat itu terus menjadi entiti perniagaan yang mampan dan berdaya maju.

"Sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam dunia automotif, saya mempunyai pandangan bahawa kerjasama yang dijalinkan di antara Proton dan Geely ini adalah satu kerjasama yang sepatutnya sudah lama dilakukan," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohamad pernah menjadi Pengarah Urusan Cycle and Carriage selama 10 tahun sejak 1994, sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2004.

Beliau berkata, sebagai suatu amalan atau secara prinsipnya, sesuatu syarikat kereta, jika mereka tidak mengeluarkan dan menjual lebih daripada satu juta unit setahun, syarikat tersebut dikira tidak lagi berdaya maju.

"Sebab itu kita nampak sejak 10 tahun ataupun 15 tahun kebelakangan ini banyak syarikat automotif dunia bergabung dan ada yang terpaksa menjual syarikat mereka kepada syarikat lain.

"Banyak syarikat yang begitu tetapi Proton dapat bertahan selama ini, walaupun pada pandangan saya tidak berdaya maju kerana menjual tidak sampai 100,000 unit setahun," katanya.

Mohamad berkata, sokongan berterusan kerajaan membolehkan Proton terus bertahan dalam industri walaupun syarikat tersebut milik swasta.

"Disebabkan bantuan dan subsidi yang diberi kerajaan, Proton boleh bertahan tetapi berapa lama kerajaan boleh melakukannya.

"Itu sebabnya untuk menggunakan duit kerajaan untuk kita terus memastikan (Proton) terus beroperasi, ia bukan satu langkah yang bjiak," katanya.

Mohamad berkata, pembelian saham Proton oleh Geely, merupakan satu peluang kepada Proton untuk mempunyai banyak model memandangkan syarikat automotif pertama negara itu sudah lama tidak mengeluarkan model baharu.

"Apabila tiada model baharu, sokongan runcitnya tidak kuat. Pengedar tidak boleh melabur duit kerana tidak ada model baharu yang dikeluarkan dan model yang ada sudah tidak menarik lagi.

"Dan untuk mengeluarkan satu model baharu untuk platform atau casisnya sahaja memerlukan belanja lebih kurang RM500 juta," katanya.

Beliau berkata disebabkan itu, syarikat seperti Proton tidak mampu untuk mengeluarkan model baharu kerana perbelanjaan yang besar.

"Apabila ada kerjasama atau rakan kongsi seperti Geely, Proton tidak perlu lagi untuk mengeluarkan platform sendiri dan boleh mengguna pakai platform yang sama.

"Contohnya dengan Geely ini, Proton boleh keluarkan Proton SUV, kerana Geely sudah ada platform SUV tersebut," katanya.

Selain itu, Mohamad berkata, kerjasama ini juga membuka peluang kepada Proton memasarkan produk ke China atau negara lain.

Beliau juga menggesa masyarakat agar tidak bermain dengan emosi dan mengatakan Proton kini milik China.

"Ini adalah keputusan perniagaan yang dilakukan oleh syarikat dan kita juga tidak mahu Proton ditutup kerana industri automotif ini mempunyai industri sokongan yang besar.

"Kira-kira 60,000 orang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam syarikat Proton ini," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFHMFf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad

Sekianlah artikel Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/geely-boleh-bantu-proton-bersaing-di_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Geely boleh bantu Proton bersaing di arena automotif - Mohamad"

Catat Ulasan

Loading...