Loading...

Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor

Loading...
Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor
link : Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor

Baca juga


Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor

PUTRAJAYA: Insiden berulang pemimpin politik bukan Islam memasuki masjid untuk tujuan politik di Selangor menunjukkan sikap individu yang tidak menghormati sensitiviti orang Islam, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Merujuk kes Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di dalam masjid, Noh berkata ia bukan isu baharu kerana perbuatan sedemikian pernah dilakukan oleh seorang Anggota Parlimen wanita daripada DAP sebelum ini.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata perbuatan itu bertentangan dengan tegahan Sultan Selangor yang tidak membenarkan rumah ibadah dijadikan medan untuk berpolitik.

"Walaupun tindakan seperti itu pernah dilakukan dan mendapat bantahan ramai tetapi perkara tersebut tetap berulang kerana sikap individu itu sendiri yang mungkin tidak menghormati rumah ibadah dan sensitiviti orang Islam," katanya ketika ditemui media selepas mengagihkan bubur lambuk kepada warga kementeriannya di sini hari ini.

Noh mengulas berkenaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Sivarasa memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang Rabu lepas.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada PKR itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin telah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan segera kerana baginda menyifatkan tindakan nazir masjid serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.

Mengulas lanjut, Noh berkata teguran Sultan Selangor itu amat tepat dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2raOjv8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor

Sekianlah artikel Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pemimpin-bukan-islam-masuk-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemimpin bukan Islam masuk masjid berpolitik bukan isu baru di Selangor"

Catat Ulasan

Loading...